Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Advertisement
Advertisement
ZAMANI memukau pengunjung dengan kehebatan vokalnya menyanyikan seleksi lagu hit kumpulan Slam.
ZAMANI dan Nel mengabdikan kenangan di Arca Kunak.
Pada malam itu, penyanyi bersuara lunak itu mendendangkan lagu Kembali Merindu, Jika Kau Rasa Getarnya, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling dan Buat Seorang Kekasih. Persembahan memukau daripada Zamani membuatkan peminat yang membanjiri Padang Pekan pada malam itu tenggelam dengan jiwa dan perasaan zaman nostalgia masing-masing. Sementara itu, ketika ditemui Hiburan Ekspres sebelum konsert, Zamani yang kembali aktif selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosi, berkongsikan perasaan terujanya datang kali pertama ke daerah pantai timur Sabah itu. “Saya sebenarnya dah lama tak ke Sabah… (sampai) di Kunak kali pertama pula, sudah tentu saya berharap dapat memberikan persembahan yang terbaik,” katanya. Zamani ditemui ketika dibawa bersama oleh Pengerusi LoFest, Nel Sambora Santiago untuk mengabadikan kenangan di Arca Kunak. Ditanya mengenai perkembangan terkininya, Zamani berkata dia baru saja habis menjayakan konsert Nurkasih bersama Slam yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur. “Dan kalau tiada aral (melintang), Insya Allah kita akan adakan dua konsert besar di semenanjung, mungkin sampai ke Sabah, Sarawak juga..,” katanya. Sementara itu, Nel memberikan penghargaan kepada semua pihak terlibat yang menjayakan program tersebut khususnya usahawan, peniaga dan kerjasama strategik daripada rakan organisasi, termasuk Majlis Daerah Kunak (MDKNK) atas kebenaran menggunakan Padang Pekan sebagai tapak program itu. Selain persembahan barisan artis hebat, program itu turut diisi dengan tarian kebudayaan, pertandingan busana etnik kategori kanak-kanak, tarian igal-igal, pertandingan hafazan kategori dewasa dan kanak-kanak, pencarian bakat MUA (makeup artists), acara tarik tali, dan acara basikal berhias tema kemerdekaan.





