Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan perlindungan akan diberikan kepada bangsa Bajau Laut atau dikenali sebagai Pala'u seperti yang terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita mesti tahu bahawa Pala'u adalah (bangsa) yang tidak mempunyai negara. Dalam undang-undang antarabangsa (piagam PBB), dimana sahaja Pala'u ini datang, maka negara tersebut mesti menjaga mereka," kata Hajiji.
"Kita tidak boleh samakan Pala'u yang tidak mempunyai kewarganegaraan ini dengan pendatang asing tanpa izin (PATI). PATI kita boleh hantar mereka pulang ke negara asal tapi Pala'u tiada negara."