Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jahid dahului senarai penerima anugerah
Published on: Sunday, June 22, 2025
Published on: Sun, Jun 22, 2025
Text Size:
Text:
Jahid dahului senarai penerima anugerah
MUSA menyampaikan perutusan khas.
MENTERI Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim mendahului senarai penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang serta Pingat Negeri Sabah, Sabtu.

Selain Jahid, dua individu juga menerima anugerah yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima” iaitu Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan Datuk Ahmad Fuad Md Ali dan usahawan, Datuk Lim Yu Ming.

Advertisement
Manakala, 33 individu lain menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran “Datuk” antaranya, Ahli Dewan Negara Anna Bell @ Suzieana Perian, Ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang dan wartawan, Emin @ Emin Madi.

HAJIJI menyampaikan ucapan menjunjung kasih.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Penerima PGDK lain termasuk Panglima Briged Ke-13 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Jagjit Singh A/L Indar Singh, Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Badrul Hisham Ismail, dan Dekan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS, Profesor Dr Ismail Ali. 

Turut tersenarai menerima PGDK ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Alexander Siew How Wai,  Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah SAC Abdul Rahman Ishak,  Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Dr Maklarin Lakim dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman
Advertisement
Bagi anugerah pingat Jaksa Pendamai pula, lima individu menerima kurniaan tersebut antaranya peguam, Josephine Wan-Wen Hadikusumo,  Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy a/l Y. Subbiah dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Sabah, Prof Ts Dr Imbarine Bujang.

DARI kiri: Jahid, Ahmad Fuad dan Lim dikurniakan anugerah SPDK. Josephine (kanan) menerima anugerah pingat JP.

Advertisement
Sementara itu, lima individu lagi menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu antaranya, Dekan  Fakulti Sains dan Teknologi UMS, Profesor Dr Jualang Gansau dan pensyarah fakulti tersebut, Profesor Dr Justin Sentian. 

Empat individu menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) antaranya dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sabah, Ade Rizal Pahlevi Mohd Zen dan Surayah Ramlee, manakala tiga individu lain menerima pingat Bintang Setia Kinabalu.

Seramai 55 individu menerima anugerah masing-masing pada sesi pertama istiadat tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here