Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hajiji pengerusi mesyuarat Gagasan Rakyat
Published on: Tuesday, June 24, 2025
Published on: Tue, Jun 24, 2025
Text Size:
Text:
Hajiji pengerusi mesyuarat Gagasan Rakyat
Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Kovensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.

Mesyuarat yang bermula jam 3 petang itu membincangkan pelbagai perkara, termasuk kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, serta memperkukuh gerak kerja organisasi di semua peringkat.

Advertisement
Turut hadir, Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung Datuk Mohd Razali Razi, Bendahari Dato Sri Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua Penerangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ketua-ketua Sayap dan barisan kepimpinan tertinggi parti.

Sementara itu, Hajiji turut meluangkan masa minum petang bersama Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat di foyer Dewan Kinabalu, SICC.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Gambar menunjukkan Hajiji mempengerusikan mesyuarat itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here