Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hati-hati dengan obor-obor ini jika mandi di Pantai Payang
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Hati-hati dengan obor-obor ini  jika mandi di Pantai Payang
JENIS obor-obor yang ditemui di Pantai Payang.
LAHAD DATU: Orang ramai yang merancang untuk berkunjung ke Pantai Payang dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air susulan penemuan spesies obor-obor yang berpotensi berbahaya di kawasan itu.

Felo Perubatan Ekstrim, Kecemasan & Wilderness Dr. Muhammad Na’im Ab Razak berkata obor-obor kotak dengan sesungut tunggal dari kumpulan keluarga Carybdeidae yang berukuran kira-kira satu sentimeter itu ditemui pada kedalaman enam meter semasa sesi selaman skuba waktu malam.

Advertisement
Katanya, penemuan ini merupakan yang pertama di kawasan terbabit kerana sebelum ini, spesies itu hanya pernah dilaporkan di perairan Tawau dan Pulau Sakar.

“Jenis obor-obor ini boleh menyebabkan Sindrom Irukandji, juga dikenali sebagai ‘Ribut Katekolamin’, yang boleh mencetuskan sakit otot yang sangat menyakitkan, kegelisahan melampau, serangan jantung atau strok beberapa jam selepas disengat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Berbeza dengan obor-obor Chironex yang lebih dikenali, sengatannya tidak meninggalkan kesan tentakel yang ketara pada kulit,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Dr. Muhammad Na’im, langkah berjaga-jaga dan rawatan awal perlu diambil bagi mengurangkan risiko seperti memakai pakaian renang yang menutupi seluruh badan dan diperbuat daripada bahan tebal.

Advertisement
Katanya, pengunjung juga digalakkan membawa sebotol cuka yang boleh digunakan dengan mencurahkan terus ke kawasan sengatan selama sekurang-kurangnya 30 saat bagi menyahaktifkan sel penyengat.

“Jika mangsa tidak memberikan respons atau tidak bernafas, sila hubungi 999 dan segera lakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR).

Advertisement
“Sila dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin sekiranya ada pengunjung yang disyaki disengat obor-obor ini,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here