Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Kuskop suntik dana RM3 juta dalam sektor agromakanan: Ewon
Published on: Friday, February 24, 2023
By: Jonathan Nicholas
Text Size:

Kuskop suntik dana RM3 juta dalam sektor agromakanan: Ewon
Datuk Ewon Benedick, berkata demikian ketika menjawab soalan Muslimin Yahaya (Sungai Besar) pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyuntik sehingga RM3 juta dalam sektor agromakanan serta RM300,000 bantuan geran pembangunan bagi memperkasa penglibatan koperasi dalam aktiviti penternakan ayam.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata demikian ketika menjawab soalan Muslimin Yahaya (Sungai Besar) pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Muslimin membangkitkan isu usaha kementerian membuka ladang bijirin bagi menampung pengurangan import makanan ayam yang akhirnya dapat membantu mengawal harga ayam.

“Sebanyak 3,500 hektar tanah tanaman jagung telah dikenal pasti oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)  di seluruh negara.

“Ujian kesesuaian tanah juga sedang dijalankan oleh Jabatan Pertanian dari segi aspek tanah, keluasan, dan bentuk muka bumi untuk mekanisasi serta keadaan cuaca setempat.

“Pada masa ini, seluas 40 hektar tanah milik koperasi dan anggota di Jelebu, Negeri Sembilan didapati sesuai untuk ditanam jagung dan Angkasa akan memberi panduan persediaan kepada koperasi terbabit untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengenal pasti terdapat 21 koperasi terlibat dalam aktiviti penternakan ayam.

“Daripada jumlah ini, Kuskop telah mengadakan sesi libat urus dengan 11 koperasi ternakan ayam pada Januari bertujuan mendapatkan maklum balas daripada mereka yang terlibat dalam industri ternakan ayam dan membincangkan peluang dalam memajukan industri ternakan ayam.

“Kuskop memperincikan lagi kertas strategi pemerkasaan aktiviti ternakan ayam oleh gerakan koperasi untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) sebagai salah satu usaha kementerian memperkasa jaminan bekalan makanan negara melalui koperasi,” katanya.

Sementara itu, Ewon berkata Tabung Ekonomi Kumpulan Perniagaan Nasional (Tekun) menerusi Skim Pembiayaan Mikro dan Tidak Formal (SPIM) yang ditubuhkan pada 2022 telah memanfaatkan sejumlah 1,934 usahawan RM258 juta.

Program pembiayaan itu tidak memerlukan kadar keuntungan yang ditawarkan pada kadar faedah sifar kepada usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Usahawan yang berniaga dalam talian tetapi tidak mempunyai pendaftaran perniagaan, boleh mendapatkan bantuan pembiayaan sehingga RM5,000 dan RM10,000 bagi yang berdaftar dengan SSM.

“Pemohon hanya perlu mengisi borang permohonan dengan dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan suami atau waris dan salinan buku akaun.

“Bank Rakyat juga memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi pelaksanaan Program Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil yang juga terbuka kepada usahawan tidak formal dan mikro yang tidak mempunyai permit perniagaan atau pendaftaran.

“Sehingga 9 Feb 2023, sebanyak 2,066 pembiayaan telah diluluskan di bawah program ini dengan nilai keseluruhan RM46.427 juta,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here