Mon, 29 Apr 2024

HEADLINES :


AirAsia lancar penerbangan sulung dari Kota Kinabalu ke Seoul
Published on: Tuesday, March 05, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

AirAsia lancar penerbangan sulung dari Kota Kinabalu ke Seoul
KIRA-KIRA 169 penumpang AK Penerbangan 1623 adalah kumpulan pertama penerbangan terus sulung dari Kota Kinabalu ke Seoul, di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Isnin.  
Kota Kinabalu: AirAsia meraikan satu lagi kejayaan, Isnin, dengan pelancaran penerbangan sulungnya dari sini ke Seoul, Korea Selatan dengan muatan penumpang penuh.

Laluan baharu dengan kekerapan harian ini menandakan pengembangan berterusan syarikat penerbangan itu di Sabah, dengan sejumlah 18 laluan yang menerbangkan 282 penerbangan mingguan ke dan dari Kota Kinabalu.

Sambutan penerbangan sulung itu disambut dengan upacara pelepasan yang meriah oleh AirAsia, Sabah Tourism dan Korea Tourism Organisation dengan penampilan maskot dan pemberian barang niaga untuk tetamu di atas kapal.

Penerbangan terus ini menjadikan perjalanan antara dua destinasi ini lebih mudah diakses dan berpatutan untuk rakyat Sabah dengan peluang untuk meneroka tawaran budaya Seoul yang kaya seperti Istana Gyeongbokgung dan Cheonggyecheon Stream; mercu tanda ikonik termasuk Menara Lotte World dan Balai Cerap Langit Seoul; serta pengalaman kulinari yang pelbagai di Pasar Mangwon dan banyak lagi.

“Dengan kira-kira 150,000 ketibaan yang direkodkan dari Korea Selatan ke Sabah pada 2023, kami tidak sabar untuk menerbangkan lebih ramai pelancong ke Sabah tahun ini.

“Ketika kami terus mengembangkan hab Malaysia Timur kami, pengembangan ini mengukuhkan kedudukan Kota Kinabalu sebagai pangkalan penerbangan yang dinamik, dengan sembilan destinasi domestik dan antarabangsa.

“Memandangkan Korea Selatan telah menjadi salah satu daripada tiga sumber pasaran utama untuk pelancongan di Sabah, pengenalan laluan ini bukan sahaja akan meningkatkan sektor pelancongan dan perdagangan negeri tetapi juga mengukuhkan hubungan budaya dan ekonomi antara Korea Selatan dan Sabah.

“Kami yakin penambahan laluan ini akan mewujudkan manfaat bersama yang besar untuk rakyat Korea Selatan dan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena meraikan penerbangan sulung, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa bermula daripada RM389* sehala untuk rakyat Sabah meneroka Seoul.

Tambang promosi tersedia untuk tempahan bermula 5 hingga 17 Mac untuk perjalanan antara 5 Mac dan 6 Okt 2024 di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE, yang sebelum ini dikenali sebagai ‘airasia Superapp’.

Semua warganegara dari negara/rantau bebas visa termasuk Malaysia dikehendaki mendapatkan K-ETA sebelum memasuki Korea Selatan.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here