Mon, 17 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

RM15j tingkat SSR daging lembu di Sabah
Published on: Saturday, May 25, 2024
By: Bernama
Text Size:

RM15j tingkat SSR daging lembu di Sabah
Arthur berkata tahap SSR daging lembu masih agak rendah di negara ini dengan Sabah hanya kira-kira lapan peratus serta 15 peratus peringkat nasional, dan melalui usaha itu diharap SSR meningkat kepada 25 peratus di Sabah, manakala 50 peratus bagi nasional.
TAWAU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meluluskan peruntukan RM15 juta bagi menyokong usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging lembu di Sabah dan Malaysia amnya menjelang 2030.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata tahap SSR daging lembu masih agak rendah di negara ini dengan Sabah hanya kira-kira lapan peratus serta 15 peratus peringkat nasional, dan melalui usaha itu diharap SSR meningkat kepada 25 peratus di Sabah, manakala 50 peratus bagi nasional.

Beliau berkata peruntukan itu disalurkan kepada anak syarikat kerajaan negeri iaitu Sawit Kinabalu melalui program pengukuhan keterjaminan makanan 2024 dengan mengoptimumkan penggunaan tanah melalui projek ternakan lembu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

“Hari ini KPKM menyerahkan peruntukan RM15 juta kepada Sawit Kinabalu untuk membeli 1,660 ekor lembu baka dari Australia yang dijangka sampai Julai atau Ogos pada tahun ini, melalui program ini Sawit Kinabalu akan memulakan program biak baka bagi tambah populasi dan capai sasaran 25,000 ekor lembu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek kepada Ketua Pengawal Peladang 1 Kumpulan Sawit Kinabalu Abdul Halim Alimuddin yang mewakili Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Victor Ationg di Pusat Internet Perpustakaan Mini, Ladang Sungai Balung dekat sini, Jumaat.

Arthur dalam pada itu berkata projek berkenaan bakal mewujudkan sekurang-kurangnya 350 peluang pekerjaan kepada anak tempatan terutama bagi yang mengikuti bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertanian di samping menjadi ejen perubahan untuk menarik minat para belia menceburi bidang ternakan.

Katanya, kerajaan Persekutuan serius membantu kerajaan negeri sekali gus melipatgandakan usaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran makanan negara dan keluar daripada kebergantungan pada barangan import.

Sementara itu, Abd Halim berkata Sawit Kinabalu merupakan antara syarikat yang mempunyai ternakan lembu terbesar di Malaysia iaitu kira-kira 13,000 ekor lembu dan diharapkan dengan suntikan geran RM15 juta itu mampu mempercepat peningkatan SSR komoditi daging lembu bagi Sabah dan Malaysia pada masa akan datang.

“Kita harap menjelang 2030, populasi lembu mencapai 35,000 ekor,” katanya yang turut memberitahu Sawit Kinabalu memiliki 54 produk yang disahkan halal dan dijual di pasaran termasuk daging.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here