Mon, 17 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Elle SMDX mohon maaf, tiada niat berlagak sombong
Published on: Saturday, May 25, 2024
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

Elle SMDX mohon maaf, tiada niat berlagak sombong
ELLE (tengah) memohon maaf berhubung isu tular berkaitan dirinya baru-baru ini.
ANGGOTA kumpulan SMDX atau Sumandax, Elle Chong pada Jumaat tampil memohon maaf selepas dikecam ‘berlagak’ dalam satu video yang tular baru-baru iniPermohonan maaf itu dibuat menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Instagram peribadinya, @queenurbae pada Jumaat.

Dalam video itu Elle berkata, dia ingin memohon maaf atas kontroversi yang tercetus ekoran kenyataannya dalam sebuah video di media sosial  baru-baru ini.

“Sesungguhnya saya tidak berniat untuk merendahkan sesiapa pun atau pun cuba berlagak sombong.

“Saya minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung. Saya sebagai orang baru dalam industri saya tahu banyak lagi benda yang perlu saya belajar.

“Dan saya pun terima segala teguran dan kritikan. Saya akan berusaha memperbaiki diri dan akhir sekali, please (tolong) maafkan kesilapan saya,” katanya dalam video berdurasi 45 saat itu.

Sehari itu sebelum itu, syarikat pengurusan SMDX yang dianggotai Elle, Crystal Vanessa John dan Deveygrayc turut memohon maaf atas isu tersebut.

Pengarah Urusan XENO Group, Prashan City berkata bagi pihak Elle dan juga SMDX, mereka ingin secara formal membuat permohonan maaf  atas kekhilafan mereka.

“Kami mengaku banyak lagi yang perlu kami pelajari. Kami berjanji akan perbaiki lagi cara kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, syarikat itu tidak sesekali menerima apa saja kecaman yang berbaur pembulian dan memalukan artis di bawah naungannya.

“Kami memohon maaf kerana terpaksa membuang segala komen yang mengandungi sentimen sebegitu. Kami di sini cuma ingin belajar dan berkarya,” katanya.

SMDX diuruskan oleh XIOKK Entertainment, iaitu anak syarikat kepada XENO Entertainment.

Terdahulu, Elle tular ketika menjawab pertanyaan menerusi sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini, di mana dia mengulas isu berkaitan SMDX dan kumpulan Dolla.

Video itu pantas mendapat perhatian netizen yang kecewa dengan cara Elle menjawab pertanyaan diberikan.

Sementara itu, Prashan turut tampil menjelaskan beberapa isu yang tular baru-baru ini berkenaan penerbitan lagu dan video muzik SMDX, Original Sabahan.

“Berhubung isu plagiat, kami ingin mengesahkan bahawa segala kebenaran dari segi penerbitan dan pembikinan semula lagu Original Sabahan telah mencapai perjanjian antara XIOKK dan juga Rusa Marketing selaku syarikat untuk Hezron, komposer Original Sabahan

“Kami juga ingin memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan pilihan pemakaian kami (dalam video muzik SMDX Original Sabahan). 

“Kami mengaku banyak lagi yang boleh kami baiki. Kami mengambil semua kritikan dan dengan izin tuhan, kami akan perbaiki lagi di masa depan,” katanya.

Tambahnya, visi dan misi XIOKK kekal sama iaitu untuk membina atau memperkukuhkan ekosistem muzik di Sabah dan memberikan lebih banyak peluang kepada bakat-bakat di Sabah untuk menunjukkan karya mereka bukan saja di pentas nasional bahkan ke persada dunia.” 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here