Mon, 17 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pelakon filem Mat Salleh meninggal dunia
Published on: Saturday, May 25, 2024
Text Size:

Pelakon filem Mat Salleh meninggal dunia
ELIAS meninggal dunia di kediamannya di Kg Borus Bohokon, Tuaran jam 11.54 pagi pada Jumaat.
PELAKON filem Mat Salleh Pahlawan Sabah, Elias Lantau Augustine meninggal dunia di kediamannya di Kg Borus Bohokon, Tuaran jam 11.54 pagi pada Jumaat. 

Elias, 89, merupakan pelakon dari suku kaum suang Lotud pertama menembusi dunia perfileman Melayu.

Beliau memegang watak Mat Salleh dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah terbitan Sabah Filem Production pada tahun 1983.

Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam filem Warna arahan Omar Rojik bersama pelakon ghazali Sumantri dan Maria Arshad. 

Bekas juara Mr Sabah 1963 itu pernah berlakon filem Puaka arahan Omar Rojik pada 1973, Si buta (1975), Rahsia Hatiku (1975) dan Loceng maut (1977). 

Elias pernah beraksi bersama pelakon Hussein Abu Hassan, Tamam Idris, Maria Arshad, Sharifah Hanim, Mak Enon, Mariati, M.Amin, Ali Rahman dan beberapa nama lain. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here