Fri, 10 May 2024

HEADLINES :


Sabah berpotensi jadi pengeluar produk makanan negara
Published on: Tuesday, November 19, 2019
Text Size:

Sabah berpotensi jadi pengeluar produk makanan negara
KOTA BELUD: Sabah berpotensi menjadi pembekal produk makanan kepada penduduk di negara ini kerana mempunyai kawasan tanah yang luas untuk aktiviti penanaman.

Ketua Setiausaha Kementeria Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehuddin Hassan berkata ketika ini negara masih mengimport kira-kira RM52 bilion produk makanan dari negara luar.

“Oleh itu, kami lihat Sabah merupakan antara negeri yang mampu menyediakan produk pertanian yang boleh dibawa ke Semenanjung bagi mengurangkan import dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena program “Jelajah Agropreneur Muda di Sabah” di Kampung Tambatuon di sini, Ahad lepas.

Program yang berlangsung selama dua hari berakhir pada Isnin meliputi lawatan MOA ke beberapa kawasan perusahaan usahawan muda meliputi daerah Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Ranau, Tambunan dan Kota Kinabalu.

Mohd Sallehuddin berkata antara produk pertanian itu termasuk jagung, kelapa dan bijian selain nanas serta durian sebagai produk eksport.

“MOA sentiasa memberikan sokongan khususnya dalam penyediaan perancangan di peringkat kementerian, Sabah juga dimasukkan sebagai negeri yang berpotensi pengeluar produk,” katanya.

Baru-baru ini, dalam pembentangan belanjawan negeri Sabah bagi tahun depan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu memberi fokus untuk memajukan beberapa sektor di Sabah termasuk pertanian. – Bernama  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here