Sun, 5 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Syarikat import daging beku tanpa lesen didenda RM7,000
Published on: Wednesday, December 13, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Syarikat import daging beku tanpa lesen didenda RM7,000
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015 itu boleh didenda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM7,000 kerana mengimport 3,971kg ayam dan tulang lembu sejuk bekudari negara lain, tanpa lesen import yang sah.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan memerintahkan AP Mega Enterprise membayar denda itu selepas pengurusnya mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadap syarikat itu pada Selasa.

Syarikat itu didapati mengimport 313 kotak ayam dan tulang lembu sejuk beku tanpa lesen daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah pada 1.20 tengah hari 22 Sept tahun ini di premis syarikat di Inanam, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015 itu boleh didenda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, peguam Nathasha Cherlyn Motinus yang mewakili syarikat itu, memohon hukuman ringan dengan mengatakan ia adalah kesalahan pertama syarikat itu.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Franscis Palikat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada syarikat itu serta menghalang orang lain melakukan kesalahan serupa. 

Franscis berhujah bahawa penyeludupan daging beku dari negara lain boleh memberi kesan negatif kepada industri ternakan dan juga untuk aspek keselamatan makanan di negeri ini.

Mahkamah mendengar bahawa suatu pasukan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menyerbu premis syarikat itu dan menemui daging beku itu tanpa lesen import.

Siasatan lanjut mendapati syarikat itu telah menyeludup daging lembu beku dari Brazil dan ayam sejuk beku dari China, Amerika Syarikat dan Poland tanpa lesen yang sah.

Selepas menyemak sistem portal dalam talian, didapati tiada rekod lesen import dikeluarkan kepada mana-mana syarikat untuk mengimport daging sejuk beku itu dari negara-negara tersebut.

Kesemua daging sejuk beku itu dilupuskan di pusat pelupusan sampah di Kayu Madang, Telipok.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here