Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


Pelajar SMK Tun Fuad Stephens juara pertandingan tarian di Portugal
Published on: Sunday, July 07, 2019
By: R Gonzales
Text Size:

Pelajar SMK Tun Fuad Stephens  juara pertandingan tarian di Portugal
TUARAN: Tiga pelajar calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), SMK Tun Fuad Stephens Kiulu di sini, merangkul pingat emas apabila menjuarai pertandingan Tarian Peringkat Antarabangsa di Braga, Portugal.

Difahamkan, acara berlangsung bermula 28 Jun lalu sehingga Jumaat lepas itu, kumpulan pelajar terbabit mewakili Malaysia dalam kategori Junior Duet (bawah 25 tahun) iaitu Trio National and Folklore.

Guru pengiring, Liza Joseph berkata acara itu disertai pelajar SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu yang berusia 15 tahun dan menjalani latihan selama lapan bulan  dibawah jurulatih Achai Pratama.

Katanya, antara murid terbabit ialah Phoebe Faith Munsin dan Dave Wackl  Jolly berasal Kampung Kionson Lama, Tamparuli serta seorang lagi, Carrie Ann Jolison berasal Kampung Malangang Baru, Kiulu.

“Konsep tarian yang dipersembahkan adalah ‘Gambut Parang’ iaitu sejenis tarian etnik Dusun Sungai di Kinabatangan, Sabah yang kebiasaannya dipersembahkan sempena menyambut kesyukuran hasil tanaman padi.

“Melalui kejohanan tarian kreatif itu, pelajar berpeluang memperoleh pengalaman budaya baharu selain memupuk minat untuk mengukuh potensi dan kreativiti,” katanya semasa dihubungi.

Menurutnya, kemenangan itu juga sekaligus mengharumkan nama negara dan sekolah pelajar terbabit apabila membawa salah satu identiti suku kaum yang ada di negara ini.

“Semoga usaha, kreativiti dan kerjasama antara kumpulan pelajar itu dapat dicontohi pelajar lain melalui pendidikan secara holistik,” katanya.

Liza berkata, rombongan peserta itu akan kembali hari ini dan dijangka tiba di Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa (9 Julai).





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here