HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Perhimpunan keluarga punca tiga kluster Covid baru di Keningau, Tambunan
Published on: Wednesday, July 28, 2021
Text Size:


Gambar: Bernama
Kota Kinabalu: Perhimpunan keluarga punca tercetusnya tiga kluster baharu Covid-19 di Keningau dan Tambunan, kata jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun hari ini.

Menurut beliau, Kluster Bayangan - Keningau melibatkan penularan Covid-19 dalam komuniti di Mukim Bingkor dan Luagan yang disyaki berpunca daripada perkumpulan keluarga dari luar daerah.

“Kes indeks merupakan lelaki, 38, dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau dengan keputusan ujian RTK-Ag positif  grading 20% pada 25 Julai 2021,” kata Masidi dalam kenyataan media.

“Saringan kontak rapat bagi tempoh 25 hingga 27 Julai 2021 menunjukkan pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan kontak rapat kes indeks. Setakat hari ini, kluster ini merekodkan jumlah kumulatif 21 kes positif termasuk tujuh kes baharu.”

Kluster Bariawa Laut - Keningau mula dikesan apabila kes indeks, wanita, 36, disahkan positif Covid-19 (RTK-Ag grading 100%) melalui saringan bergejala pada 25 Julai 2021, tambah Masidi.

“Saringan kontak mengesan 13 kes termasuk lima kes baharu melibatkan kontak rapat dan kontak sosial daripada Mukim Patikang dan Kali di Daerah Keningau. Punca yang disyaki bagi penularan Kluster Bariawa Laut adalah perkumpulan keluarga,” jelas beliau.

Kluster Menawo Baitah - Keningau dikategorikan sebagai kluster komuniti dan tempat kerja dan menular di Mukim Seberang, Lingkudau dan Luagan di Daerah Keningau serta Daerah Tambunan yang disyaki berpunca daripada pergaulan sesama keluarga yang akhirnya tersebar kepada rakan-rakan.

“Kes indeks merupakan lelaki, 27, dikesan positif Covid-19 (RTK-Ag grading 100%) hasil saringan tempat kerja di sebuah klinik swasta di Keningau pada 26 Julai 2021,” kata Masidi.

“Saringan kontak mendapati pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan kontak rapat di tempat kerja. Setakat hari ini, jumlah kumulatif kes positif kluster ini ialah sebanyak 16 kes termasuk 15 kes baharu.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular