Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Insken berjaya tingkat nilai jualan usahawan
Published on: Monday, November 27, 2023
By: Bernama
Text Size:

Insken berjaya tingkat nilai jualan usahawan
Ewon berkata, pembukaan kampus Insken di Sabah pada Mei lalu juga telah meningkatkan penyertaan usahawan mikro dan kecil di Sabah dalam program-program bimbingan Insken di negeri ini.
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program bimbingan Institut Keusahawanan Negara (Insken) berjaya melipatgandakan hasil jualan usahawan.

Beliau berkata, selain itu mereka juga berjaya beralih daripada perusahaan mikro kepada perusahaan kecil seterusnya membuka peluang pekerjaan dalam perusahaan masing-masing.

“Banyak kejayaan telah dicapai melalui program-program Insken. Oleh itu saya berharap kisah kejayaan mereka yang menyertai program ini menjadi motivasi dan inspirasi kepada rakyat Sabah sama ada yang berada dalam bidang ini atau sedang mencari kerja atau yang dikategorikan sebagai miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken, di SICC, di sini, malam Sabtu lepas.

Ewon berkata, pembukaan kampus Insken di Sabah pada Mei lalu juga telah meningkatkan penyertaan usahawan mikro dan kecil di Sabah dalam program-program bimbingan Insken di negeri ini.

“Saya percaya, keputusan kita membawa Insken ke Sabah dan membuka pejabat perkhidmatannya pada Mei lepas meningkatkan penyertaan usahawan-usahawan Sabah untuk menjadi sebahagian daripada penerima manfaat program bimbingan Insken,” katanya.

Ewon berkata, ini adalah antara usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di beberapa daerah di negeri ini yang sering dilebel sebagai daerah termiskin di Malaysia.

“Saya percaya gerakan keusahawanan dan koperasi mampu membawa rakyat Sabah keluar daripada kesusahan dan kemiskinan, sebab itu kita perlu agensi yang dapat membimbing mereka seperti Insken dan agensi pembiaya seperti Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank dan SME Corp,” katanya.

Pada majlis itu seramai 110 usahawan masing-masing menerima sijil atas kejayaan menamatkan program bimbingan Insken Bumiputera Coaching (IBBC) dan Program Bimbingan Keuntungan Menu Tahun 2023 selama tiga hingga empat bulan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here