Wed, 22 May 2024

HEADLINES :


33 pasukan berentap pada Piala Ceasar Mandela
Published on: Saturday, April 27, 2024
By: Jinni Juanis
Text Size:

33 pasukan berentap pada Piala Ceasar Mandela
MESYUARAT pengurus-pengurus pasukan.
PENAMPANG: Sebanyak 33 pasukan akan berentap pada kejohanan bola sepak 9 sebelah merebut Piala Datuk Ceasar Mandela Malakun Edisi 1 di padang Majlis Daerah Penampang hari ini dan Ahad.

Pengerusi Penganjur Kalik Lee berkata, perlawanan anjuran Biro Sukan Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Moyog ini pertama kali diadakan bertujuan mengeratkan hubungan dalam komponen parti GRS. 

“Selain itu, kami juga mahu memupuk persaingan yang sihat dan semangat kesukanan di kalangan peserta. Kami galakkan gaya hidup yang sihat,” katanya.

Kalik berkata, sehingga sekarang 33 pasukan sudah mendaftar di mana 27 pasukan adalah daripada cawangan PGRS Moyog dan enam lagi adalah pasukan jemputan daripada Parti Komponen GRS Plus dari Kepayan.

Beliau berkata, perlawanan bola sepak ini terbuka kepada daerah Penampang sahaja.

“Kejohanan dua hari ini membabitkan 495 pemain dan kami menjangkakan seramai 1,000 peminat akan berkampung di padang sini untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

“Kami berharap kejohanan seperti ini akan membolehkan mereka berkenalan di antara satu dengan yang lain sekaligus dapat mengeratkan persaudaraan,” katanya menambah aktiviti serampang dua mata ini diharap dapat mewujudkan perpaduan di antara kaum berbeza.

Turut beraksi memeriahkan perlawanan adalah pertunjukan perbarisan pasukan pancaragam daripada SJK Shan Tao.

Siri perlawanan bola sepak persahabatan wanita GRS dengan Puspanita Penampang, perlawanan persahabatan lelaki antara jabatan dan agensi kerajaan juga diadakan.

“Kami harap usaha ini akan mendapat sambutan dan semua pihak melakukan kegiatan sihat seperti bermain bola sepak,” katanya menambah Pemenang akan menerima pelbagai hadiah menarik.

Caesar yang merupakan Ketua Bahagian PGRS Moyog akan merasmikan perlawanan ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here