Mon, 17 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Sugandoi Kaamatan Sipitang 2024
Published on: Tuesday, May 07, 2024
By: Jinius Pandakin
Text Size:

Sugandoi Kaamatan Sipitang 2024
MEXWELL Micheal (tengah) dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Sipitang pada Ahad.

Gelaran itu membolehkannya membawa pulang RM1,500 dan piala sekali gus mewakili Sipitang untuk Sugandoi Kaamatan Negeri.

Sementara itu, Nicholas Jacklin (kiri) dinobatkan selaku naib johan dan membawa pulang RM1,000 dan piala manakala Donovan Andreey Damianus (kanan) di tempat ketiga menerima RM500 dan piala.

Danny Lovyechrist pula muncul sebagai juara Sugandoi Dazanak Sipitang untuk menewaskan lapan peserta lain yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sipitang.

Danny menerima wang tunai RM800 dan piala, tempat kedua dimenangi oleh Qaisah Khairunisa Syahlil menerima RM500 dan piala manakala Devin Dee Rikin menduduki tempat ketiga, menerima RM200 dan piala.

Pertandingan tersebut diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Sipitang 2024 yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia Datuk Matbali Musa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here