Kota Kinabalu: Seramai 64 orang menyertai Bengkel Teknik Penjurian dan Dandanan Unduk Ngadau anjuran Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Karambunai.
Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan II, Peto Galim berkata bengkel tersebut amat bermakna bagi melatih dalam pemilihan seorang Unduk Ngadau yang berkebolehan dan layak memegang gelaran tersebut.
“Kita mempunyai ilmu yang bergerak seiring dengan peredaran zaman yang mana pemilihan pada dua puluh tahun atau lima tahun yang lalu berbeza dengan teknik pemilihan di era digital saat ini.
“Banyak perubahan dan elemen yang perlu kita lihat selain mewujudkan juri bertanggungjawab dan tahu teknik atau kriteria yang diadili.
Advertisement