Wed, 15 May 2024

HEADLINES :


Tiga lagi warga asing dipenjara
Published on: Thursday, October 28, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Tiga lagi warga asing dipenjara
Menangkap ikan menggunakan bahan letupan
Kota Kinabalu: Tiga lagi warga asing dihukum penjara 10 bulan setiap seorang kerana memiliki enam ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.

Pilnama Muhamad, 49, Marbin Aybin, 43, dan Alawi Hairon Abubakar, 25, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus.

Tiga orang itu didapati memiliki enam ekor ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan jam 11 pagi pada 11 Ogos tahun ini di dalam sebuah bot pam di kawasan tebing sungai Saracen di Pulau Mengalun, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) di bawah Akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman denda sehingga RM20,000, atau hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan trio itu menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditahan pada 11 Ogos tahun ini dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara mereka.

Semasa mitigasi, tiga orang itu merayu hukuman ringan dengan mengatakan mereka perlu menjaga keluarga mereka dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Pegawai Pendakwa William Apin dari Jabatan Perikanan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan dengan mengambil kira kepentingan awam dan bagi mencegah tertuduh dan juga orang awam daripada melakukan kesalahan sama.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 23 November tahun ini untuk seorang lagi tertuduh Akmar Abdullah, 22, yang didakwa bersama tiga orang itu, sementara menunggu laporan kebajikannya.

Akmar diwakili oleh peguam Lawrence Lim dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sementara menunggu tarikh itu, Akmar diarah direman lanjut.

Selasa lepas, empat rakyat asing dipenjara 10 bulan setiap seorang kerana melakukan kesalahan sama dan mahkamah menasihati empat orang itu agar memberitahu penduduk Pulau Gaya supaya tidak menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here