Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


Lelaki mencuri dari kereta diberkas
Published on: Sunday, May 05, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Lelaki mencuri dari kereta diberkas
SUSPEK ditangkap polis kurang 24 jam selepas melakukan jenayah itu.
TAWAU: Polis berjaya menangkap seorang lelaki warga asing kurang 24 jam selepas suspek itu disyaki mencuri barang berharga dari kenderaan milik seorang jemaah masjid yang menunaikan solat Jumaat di Bombalai, pada Jumaat.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 20an itu ditangkap sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Bombalai di kawasan Kg Melati, Burut pada jam 9.05 malam. 

Menurutnya, suspek bertindak cuba melarikan diri ketika dihampiri anggota rondaan, namun, berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan antara polis dan suspek.

“Hasil pemeriksaan tubuh ke atas suspek, polis menemui sebuah telefon bimbit serta wang tunai di dalam poket seluar yang dipakainya.

‘Polis kemudiannya turut merampas pakaian yang digunakan semasa kejadian berserta telefon bimbit dan barangan yang disyaki dicuri,” katanya lagi.

Jasmin menambah, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun keseksaan.

Terdahulu, polis menerima laporan dibuat mangsa pada jam 12.40 tengah hari sama, mengatakan kenderaan miliknya dimasuki orang yang tidak dikenali.

Mangsa mendapati telefon bimbitnya yang disimpan di dalam kenderaan beserta wang tunai hilang, disyaki dicuri dan anggaran kerugian mangsa bernilai RM1,000. 

Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan masyarakat agar memastikan barang berharga seperti beg tangan, komputer riba dan telefon bimbit mahupun wang tunai atau barang berharga tidak ditinggalkan dalam kenderaan.

Tindakan itu, katanya, mengundang penjenayah melakukan jenayah curi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here