Mon, 20 May 2024

HEADLINES :


Pelbagai inisiatif basmi kemiskinan
Published on: Sunday, April 28, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Pelbagai inisiatif basmi kemiskinan
Dato’ Sri Ghulam Haidar Khan Bahadar
Kota Kinabalu: Dato’ Sri Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata kerajaan GRS dan PH Plus di bawah pimpinan Ketua Menteri, menangani isu kemiskinan sejak menerajui Sabah pada 2020 dengan pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam usaha membasmi kemiskinan tegar.

Paling ketara, katanya, melalui hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di mana program menoktahkan kemiskinan tegar menjadi tumpuan dan keutamaan.

Antaranya, katanya usaha telah diambil Sekretariat SMJ termasuk menyediakan 1,500 rumah setiap tahun bagi membantu golongan kurang berkemampuan, selain menyediakan modal perniagaan untuk membantu dan menyediakan pekerjaan kepada belia tempatan.

“Isu kemiskinan ini menjadi hangat baru-baru ini berikutan kenyataan pemimpin Persekutuan berhubung lapan daerah di Sabah, yang dikatakan termasuk dalam kategori daerah termiskin – Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.

“Kekeliruan timbul kerana fakta diambil berdasarkan rekod lampau (tiga tahun lalu) sebelum GRS-PH Plus mengambil alih kepimpinan negeri. Tiga tahun selepas itu angka kemiskinan banyak berubah seperti yang dinyatakan dalam Ucapan Dasar Kerajaan.

“Alhamdulillah, angka terbaru yang disebut itu melegakan kita. Bagaimanapun, ia tidak bermakna kerajaan berpuas hati dengannya akan meneruskan usaha tersebut.

“Hakikatnya penurunan kadar kemiskinan adalah hasil usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memerangi kemiskinan tegar sepanjang tiga tahun,” kata Ghulam.

Mengenai isu SMJ yang sering dicemuh dan dikecam segelintir pihak, beliau berkata SMJ itu penting disokong penuh kerana ia adalah hala tuju pembangunan Negeri.

“Jika difikirkan secara menyeluruh, pastinya kita akan mendapati lebih banyak kebaikan yang tersirat dalam hala tuju SMJ dan itu mungkin dianggap jelek oleh sesetengah pihak.

“Memahami maksud sebenar SMJ akan menyedarkan kita tentang nilai-nilai murni slogan itu dan menyelami intipatinya sudah pasti akan membangkitkan keinsafan betapa tingginya impian pemimpin negeri dan komitmen mereka untuk rakyat dan ‘Sabah Tanah Airku’.

“Hakikatnya, SMJ adalah rancangan yang hebat dan berwawasan untuk membangunkan Sabah setelah sekian lama ketinggalan arus pembangunan akibat ketidaktentuan politik sejak awal kemerdekaan,” katanya.

Tambahnya, SMJ adalah hala tuju pelan pembangunan Negeri Sabah yang menjangkau lima tahun sehingga 2025 sejak ia dilancarkan pada 29 Mac 2021 oleh Ketua Menteri.

Dalam memperkasakan pertumbuhan ekonomi negeri, Ghulam yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata pendekatan lebih proaktif perlu dilaksanakan supaya penduduk di kampung turut mendapat manfaat.

Beliau menyeru kementerian, jabatan dan agensi berkaitan “turun padang” bagi melihat keperluan rakyat di kawasan luar bandar, dan memastikan semua inisiatif yang dibawa oleh kerajaan sampai kepada kumpulan sasar.

Beliau berkata program “turun padang” secara bersemuka perlu dipergiatkan kerana tidak semua masyarakat luar bandar mempunyai akses kepada maklumat dalam talian berkaitan program kerajaan.

“Ucapan Dasar Kerajaan oleh TYT membawa harapan besar kepada perjuangan bersama untuk membangunkan Sabah. Jadi kepada semua, marilah kita berganding bahu demi masa depan yang lebih baik.

“Janganlah kita terus berpolitik dan polemik lagi. Kita fokus kepada agenda besar untuk memakmurkan rakyat serta meningkatkan kesejahteraan dan mata pencarian mereka.

“Jangan hanya mengkritik atau membuat komen tidak berasas dan jangan biarkan sesiapa cuba meniup sentimen politik kebencian,” katanya.

Kepada mereka yang membangkang, beliau berkata mereka harus melihat cermin dahulu, sebelum mengkritik dan menyerang kerajaan sedia ada.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here