Tue, 30 Jun 2026
Headlines:
Manfaat kelebihan: Nizam
Published on: Monday, June 29, 2026
Published on: Mon, Jun 29, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Manfaat kelebihan: Nizam
NIZAM menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang.
TAWAU: Golongan muda digesa menceburi sukan golf dengan memanfaatkan kelebihan keberadaan lapangan golf bertaraf dunia di Sabah yang meletakkan negeri ini dalam peta sukan antarabangsa, malah menjadi aset penting dalam memacu industri pelancongan sukan yang berimpak tinggi.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata peluang mencapai status pemain profesional terbuka luas memandangkan Sabah juga tidak ketinggalan menganjurkan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di lapangan-lapangan terbaik seperti Sabah Golf & Country Club dan Sutera Harbour di Kota Kinabalu.

Advertisement
“Sekiranya kita boleh menjadi pemain golf yang benar-benar berupaya mencapai tahap profesional, prestasi ini sudah tentu memberi pulangan yang baik kepada individu yang terlibat sekaligus menaikkan nama Sabah di peringkat antarabangsa,” katanya.

Nizam berkata demikian ketika mengulas kejohanan yang kini dimasukkan ke dalam kalendar acara kebudayaan Regata Lepa bagi memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan sukan-budaya di Shan Shui Golf & Country Resort di sini pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Ahli Dewan Undangan Negeri Apas itu percaya golongan ibu bapa juga tidak perlu gusar atau takut untuk memperkenalkan permainan golf kepada anak-anak mereka memandangkan persepsi lama sukan itu hanya eksklusif untuk golongan elit dan kaya kini sudah tidak relevan.

“Sukan golf sebenarnya tidaklah semahal yang disangka, malah kos jangka panjangnya boleh menjadi lebih murah berbanding sukan badminton yang memerlukan perbelanjaan berterusan bagi penukaran bulu tangkis yang semakin meningkat harganya.

Advertisement
“Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa pelaburan di dalam golf ini sebenarnya hanya pada peringkat awal sahaja. Malah sukan ini terbuka kepada semua asalkan mempunyai minat dan kelebihan tanpa mengira latar-belakang,” katanya.

Tambahnya usaha menepis persepsi lapuk itu juga dilihat semakin mudah susulan pendirian Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri yang mengiktiraf sukan terbabit sebagai salah satu sukan elektif rasmi kokurikulum untuk pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Advertisement
Menyentuh hal berkaitan, beliau berkata integrasi sukan dan kebudayaan seperti yang dilakukan pihak penganjur Regata Lepa juga menjadi langkah strategik dalam menyokong pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadikan pelancongan sebagai salah satu teras utamanya.

“Kita amat mengalu-alukan penglibatan syarikat-syarikat korporat dan pihak swasta supaya memberikan sumbangan di dalam penganjuran program-program sebegini pada masa akan datang sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan sukan,” katanya.

Dalam pada itu, Lepa Golf atau Golf Regatta Lepa kini menjadi antara pengisian acara sukan dan komponen sampingan penting yang diadakan sempena penganjuran festival marin ikonik, Pesta Regatta Lepa Semporna Edisi Ke-31.

Acara ini diadakan sebagai aktiviti rekreasi komuniti untuk memeriahkan lagi pengisian festival kebudayaan masyarakat, di samping menarik kehadiran pelancong, pemain golf tempatan, serta pegawai-pegawai korporat dan kerajaan ke wilayah pantai timur Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here