Tue, 30 Jun 2026
Headlines:
Tiada bukti Zara alami gangguan psikotik kronik sebelum kejadian: Saksi
Published on: Saturday, June 27, 2026
Published on: Sat, Jun 27, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tiada bukti Zara alami gangguan psikotik kronik sebelum kejadian: Saksi
DR WONG bersama pasukan peguam yang mewakili ibu Zara.
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner diberitahu bahan tersedia tidak menyokong kesimpulan bahawa Zara Qairina Mahathir mengalami gangguan psikotik kronik atau gangguan mood yang teruk dan berpanjangan sebelum kejadian yang menjadi subjek inkues.

Pakar Perunding Psikiatri, Dr Wong Haw Huo, 39, memberitahu Koroner Amir Shah Amir Hassan pada Jumaat bahawa Zara digambarkan sebagai seorang yang mudah bergaul, ekspresif, peramah, banyak bercakap, aktif dan mudah menunjukkan emosi.

Advertisement
“Dia berupaya menjalinkan persahabatan serta hubungan yang bermakna.

“Pada masa sama, bahan yang tersedia menunjukkan terdapat kelemahan dari segi pengawalan emosi, kepekaan dalam hubungan interpersonal, kecenderungan mendapatkan kepastian, sifat impulsif dalam interaksi sosial serta kawalan tingkah laku.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Kelemahan ini penting kerana ia mungkin mempengaruhi cara si mati mengalami penolakan, salah faham, penilaian sosial, konflik dengan rakan sebaya, penghinaan dan perasaan dipinggirkan.

“Bahan yang tersedia juga menunjukkan kemungkinan wujud ciri berkaitan perhatian dan fungsi eksekutif, termasuk mudah terganggu, banyak bercakap, kurang kawalan diri, kecenderungan meluahkan kata-kata secara impulsif serta kesukaran menjangka bagaimana tingkah lakunya akan ditafsirkan oleh orang lain.

Advertisement
“Ciri-ciri ini bukanlah satu diagnosis muktamad bagi Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) kerana tiada penilaian formal secara langsung dapat dijalankan terhadap si mati.

“Bagaimanapun, ciri-ciri tersebut relevan dalam memahami fungsi hubungan interpersonal serta tahap kerentanannya.

Advertisement
“Dalam persekitaran yang biasa dan menyokong, sifat si mati yang ekspresif serta mudah bergaul dilihat masih dapat dikendalikan.

“Namun, dalam persekitaran sekolah berasrama yang lebih tertumpu dari segi sosial, berhierarki dan bersifat kediaman, sifat yang sama mungkin meningkatkan kerentanannya terhadap salah faham, konflik dengan rakan sebaya, reaksi negatif daripada rakan serta pendedahan sosial.

“Peralihan si mati ke sekolah berasrama merupakan satu perubahan perkembangan yang signifikan. Ia melibatkan perpisahan daripada individu yang menjadi tempat pergantungan utama serta penyesuaian kepada persekitaran yang berstruktur dan berasaskan hubungan dengan rakan sebaya.

“Pada peringkat awal penyesuaian di sekolah berasrama, bahan yang tersedia menunjukkan dia berasa teruja, aktif bersosial, berminat dengan kehidupan di sekolah serta memberi komitmen emosi terhadap persahabatan dan aktiviti sekolah.

“Bagaimanapun, dari semasa ke semasa, bahan tersebut menunjukkan corak peningkatan kesukaran dalam hubungan interpersonal, perasaan ditolak, rasa tidak selamat dari segi sosial, tekanan emosi serta penurunan persepsi terhadap keselamatan psikologi dalam persekitaran sekolah berasrama,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here