Tue, 30 Jun 2026
Headlines:
Individu dilihat tidur atau berehat di HQE bukan pesakit: JKNS
Published on: Tuesday, June 30, 2026
Published on: Tue, Jun 30, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Individu dilihat tidur atau berehat di HQE bukan pesakit: JKNS
Kota Kinabalu: Individu dilihat tidur atau berehat di ruang lobi dan laluan Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini seperti tular di media sosial baru-baru ini bukan pesakit yang sedang menunggu rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD).

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam kenyataan Isnin memaklumkan kebanyakan mereka ialah waris, penjaga atau pengunjung dari luar daerah dan kawasan pedalaman yang menghadapi kekangan mendapatkan penginapan sementara di luar hospital.

Advertisement
Menurut jabatan itu, HQE mempunyai balai pelawat, namun kemudahan berkenaan masih tidak mencukupi untuk menampung jumlah waris yang ramai.

“Pihak hospital memahami keadaan dan kesulitan dihadapi oleh waris pesakit khususnya mereka yang datang dari jauh,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
JKNS memaklumkan HQE akan terus memantau penggunaan ruang awam seperti lobi dan laluan utama bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan, keselesaan serta kelancaran pergerakan pesakit, waris dan petugas hospital sentiasa terpelihara.

Berkenaan tempoh menunggu di ETD, JKNS menjelaskan pesakit dirawat berdasarkan tahap kecemasan melalui sistem triage dan bukan semata-mata mengikut nombor giliran.

Advertisement
Menurut kenyataan itu, kes lebih kritikal akan diberi keutamaan segera, manakala pada malam berkenaan perkhidmatan ETD berjalan seperti biasa dengan kehadiran pesakit berterusan.

Berhubung isu parkir, JKNS mengambil maklum kemudahan letak kereta di kawasan HQE boleh menjadi terhad pada masa tertentu khususnya apabila jumlah pesakit, waris dan pengunjung adalah tinggi.

Advertisement
“Pihak hospital akan terus memantau aliran trafik dan pengurusan parkir dengan kerjasama petugas keselamatan bagi mengurangkan kesesakan setakat kemampuan fasiliti sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah penambahbaikan, HQE akan memperkukuh pemantauan di kawasan lobi, laluan awam dan ruang menunggu pada waktu malam, menyelaras semula maklumat berkaitan operasi kantin, selain meningkatkan komunikasi kepada pesakit serta waris berhubung proses menunggu dan keutamaan rawatan di ETD.

JKNS dan HQE turut menegaskan komitmen untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, berhemah dan berterusan kepada semua pesakit sekali gus menambah baik kemudahan serta pengalaman orang awam dari semasa ke semasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here