Tue, 30 Jun 2026
Headlines:
Pengusaha pelancongan asing menjalankan operasi pusat peranginan. Guna penama tempatan: Esscom
Published on: Tuesday, June 30, 2026
Published on: Tue, Jun 30, 2026
Text Size:
Text:
Pengusaha pelancongan asing menjalankan operasi pusat peranginan. Guna penama tempatan: Esscom
Victor menegaskan bahawa tiada kompromi bagi pengusaha pelancongan di sini yang membawa pelancong mahupun pemancing masuk ke negara jiran melalui pintu masuk yang tidak sah.
SEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesan terdapat pengusaha pelancongan asing menggunakan penama tempatan bagi pengoperasiaan pusat peranginan, termasuk penginapan di Semporna.

Komander Esscom Datuk Victor Sanjos berkata tinjauan serta maklumat awal yang diperoleh itu membabitkan pengusaha dalam kalangan warganegara China yang melabur di sini dan perkara itu merugikan ekonomi negara serta mewujudkan ancaman keselamatan.

Advertisement
“Cara yang tidak betul akan menyebabkan ancaman kepada keselamatan pelancong, terdapat pelancong dari negara luar, terdapat pelancong yang menginap di resort ataupun di hotel-hotel penginapan, inap desa tidak tidak berdaftar.

“Keberadaan penginapan itu tidak diketahui oleh pasukan keselamatan, jadi bayangkanlah kalau berlaku sesuatu, kita (keselamatan) tidak tahu keberadaan mereka dan antara sebabnya juga untuk mengelakkan pusat berkenaan menjadi pusat untuk scammer,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sesi libat urus Esscom bersama dengan pengusaha pusat peranginan, penginapan Semporna di sini, Isnin.

Victor, dalam pada itu, menegaskan bahawa tiada kompromi bagi pengusaha pelancongan di sini yang membawa pelancong mahupun pemancing masuk ke negara jiran melalui pintu masuk yang tidak sah.

Advertisement
Menurutnya, sesi libat urus yang diadakan antara Esscom dengan pengusaha pelancongan itu memberikan pendedahan kepada komuniti agar pusat pelancongan yang beroperasi secara haram didaftarkan dengan segera.  

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Samuel Wong, mempersoalkan sama ada hasil industri pelancongan benar-benar beredar dalam ekonomi Sabah.

Advertisement
“Adakah agensi pelancongan berlesen, pemandu pelancong, pengusaha produk pelancongan, penyedia pengangkutan pelancongan, hotel, inap desa, restoran, kafe, usahawan kraftangan, penggiat budaya dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan benar-benar menikmati manfaat daripada jutaan ketibaan pelancong?

“Atau sebahagian besar manfaat ekonomi itu bocor kepada pengusaha haram?” katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan lebih tegas terhadap pengusaha haram perlu dilaksanakan bagi melindungi perniagaan tempatan yang sah daripada persaingan tidak adil.

Selain itu, beliau mencadangkan kejayaan Tahun Melawat Sabah 2027 diukur bukan sahaja berdasarkan jumlah ketibaan pelancong, malah turut mengambil kira hasil pelancongan, purata perbelanjaan pelancong, tempoh penginapan serta penyertaan perniagaan tempatan.

Samuel turut menggesa kerajaan mewujudkan platform inklusif yang memberi peluang sama rata kepada PKS, pengusaha berlesen dan perusahaan pelancongan berasaskan komuniti di setiap daerah untuk mendapatkan bantuan promosi, pemasaran, pemasaran digital dan latihan.

“Apabila pemain industri pelancongan tempatan diberi lebih banyak peluang untuk berkembang, manfaat ekonomi pelancongan akan terus beredar dalam Sabah, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, mengukuhkan PKS tempatan dan memastikan Tahun Melawat Sabah 2027 memberi manfaat yang bermakna serta mampan kepada rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyokong usaha mempromosikan Sabah di peringkat antarabangsa, namun menegaskan aspek infrastruktur, kualiti produk dan penguatkuasaan perlu diperkukuh terlebih dahulu.

“Hanya dengan itu Tahun Melawat Sabah 2027 akan menjadi lebih daripada sekadar slogan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here