KOTA KINABALU: Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani berkata, Kabinet sudah meluluskan peruntukan projek pembesaran bernilai RM442.3 juta pada November lalu.
"Naik taraf berkenaan dijangka bakal meningkatkan kapasiti pengendalian penumpang tahunan lapangan terbang daripada 9 juta kepada 12 juta setahun.
"Naik taraf terbabit termasuklah pembesaran terminal utama, tempat letak kereta bertingkat baharu, tujuh ruang letak pesawat dan pembaikan jalan di sekitar lapangan terbang.
"Ia akan memberikan lebih keselesaan kepada pengguna KKIA kelak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program MYAirportCARES Ceria Kembali ke Sekolah di pusat beli-belah Imago pada Selasa.
Caption: