Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Jurulatih dipenjara cabul anak murid
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Jurulatih dipenjara cabul anak murid
Yuslaine didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana gabungan hukuman tersebut jika disabitkan kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang jurulatih seni mempertahankan diri berusia 40 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang pelajar wanitanya, tiga tahun lalu.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Yuslaine Awang Yusof selepas perbicaraan penuh.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan Yuslaine membayar pampasan sebanyak RM5,000 kepada mangsa dengan serta-merta. Sekiranya gagal jurulatih berkenaan akan menjalani tambahan hukuman penjara selama dua bulan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh sabitan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Dalam penghakimannya Majistret memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sekali gus mensabitkan tertuduh atas pertuduhan tersebut.

Yuslaine didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 17 tahun dengan niat mencabul kehormatannya pada 20 Ogos 2023, kira-kira jam 11.15 malam.

Advertisement
Yuslaine didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana gabungan hukuman tersebut jika disabitkan kesalahan.

Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil tujuh saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pemenjaraan dan sebatan sebagai pengajaran dengan berhujah bahawa tertuduh telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai jurulatih silat mangsa untuk melakukan kesalahan tersebut.

Menurut pihak pendakwaan mangsa mengalami trauma psikologi dan hanya membuat laporan selepas beberapa ketika kerana bimbang insiden itu menjejaskan perkembangan serta pencapaiannya dalam bidang sukan.

Pendakwaan turut berhujah bahawa tertuduh tidak menunjukkan sebarang penyesalan apabila memilih untuk dibicarakan sekali gus menyebabkan mangsa terpaksa melalui proses perbicaraan penuh selain memohon mahkamah mengarahkan pembayaran pampasan kepada mangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here