Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Lelaki rogol dan cabul anak tiri dipenjara 68 tahun, 10 sebatan
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki rogol dan cabul anak tiri dipenjara 68 tahun, 10 sebatan
Bagi pertuduhan pertama, lelaki berkenaan dipenjara 12 tahun dan dua sebatan kerana menyentuh kemaluan, meraba payudara, memeluk serta mencium mangsa di sebuah bilik tidur di sebuah rumah pada awal Januari 2021.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang merogol dan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak tiri bawah umur dijatuhi hukuman penjara 68 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman tersebut selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap lelaki berkenaan pada hari Rabu.

Advertisement
Lelaki itu didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol dan dua pertuduhan melakukan penderaan seksual.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki berkenaan dipenjara 12 tahun dan dua sebatan kerana menyentuh kemaluan, meraba payudara, memeluk serta mencium mangsa di sebuah bilik tidur di sebuah rumah pada awal Januari 2021.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dipenjara 12 tahun lagi berserta dua sebatan kerana melakukan penderaan seksual dengan meraba payudara, memeluk dan mencium mangsa bagi tujuan seksual pada awal Januari 2021 di dalam bilik air sebuah rumah di Tamparuli, Tuaran.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Ketika kejadian pertama dan kedua mangsa berusia 11 tahun.

Advertisement
Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu dipenjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun 11 bulan pada jam 12.40 tengah hari, 19 April 2023 di sebuah bilik tidur di rumah di Tamparuli, Tuaran.

Bagi pertuduhan keempat, dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun lagi berserta dua sebatan kerana merogol mangsa yang sama pada jam 6 petang, akhir April 2023 di lokasi yang sama.

Advertisement
Bagi pertuduhan kelima, lelaki itu dipenjara 20 tahun berserta dua sebatan kerana merogol mangsa pada jam 3 petang, awal Mei 2023 di tempat yang sama. Ketika kejadian keempat dan kelima, mangsa berusia 13 tahun.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama hingga keempat dijalankan secara serentak bermula dari tarikh tangkapan namun dijalankan secara berasingan (berturutan) dengan pertuduhan kelima. Ini bermakna lelaki itu perlu menjalani hukuman penjara selama 32 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Semasa rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon keringanan dan agar hukuman dijalankan secara serentak dengan alasan dia telah menyesal.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis menggesa mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran dengan mengambil kira kerosakan dan trauma yang dialami mangsa. 

Bryan juga berhujah bahawa hukuman berat perlu diberikan untuk memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat umum.

Pihak pendakwaan telah memanggil enam saksi sepanjang perbicaraan manakala dua saksi memberi keterangan di peringkat pembelaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here