Wed, 1 Jul 2026
Headlines:
PTI dipenjara 10 tahun, sebat cabul remaja perempuan
Published on: Wednesday, July 01, 2026
Published on: Wed, Jul 01, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
PTI dipenjara 10 tahun, sebat cabul remaja perempuan
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pendatang tanpa izin (PTI) berusia 40 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Saliman Sukarno selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Advertisement
Mahkamah turut memerintahkan Saliman menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas tamat hukuman kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Mengikut pertuduhan Saliman melakukan kesalahan itu dengan meraba dada, bahagian sulit serta mencium mulut mangsa yang berusia 14 tahun bagi tujuan seksual di sebuah bilik sewa di Kampung Likas pada 2 Februari 2025.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu pihak pendakwaan telah memanggil dua orang saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan sebelum Saliman memutuskan untuk menukar pengakuannya.

Advertisement
Fakta kes mendedahkan bahawa pada hari kejadian mangsa yang biasanya tinggal bersama ibu saudaranya bagi membantu di kedai telah pergi ke bilik sewa ibunya untuk bermalam.

Siasatan lanjut mendapati kira-kira jam 4 pagi ibu dan adik-beradik mangsa keluar untuk membeli makanan dan mangsa telah mengunci pintu bilik tersebut.

Advertisement
Kira-kira jam 6 pagi mangsa terdengar bunyi pintu dibuka. Dia menyangka ibunya telah pulang namun sebaliknya melihat dua lelaki—salah seorangnya dikenal pasti sebagai Saliman berada di depan pintu. Apabila mangsa cuba memanggil ibunya, Saliman telah masuk ke dalam bilik.

Saliman kemudian memeluk mangsa dan menunjukkan sebilah pisau sayur sehingga menyebabkan mangsa ketakutan.

Tertuduh kemudiannya membaringkan mangsa di atas tilam, meraba dada, menyentuh bahagian sulit dan mencium mulut mangsa sebanyak dua kali. Kejadian tersebut berlaku selama kira-kira lima minit.

Seorang lagi lelaki pula bertindak mengawal pintu bilik sambil menutup mukanya.

Saliman dan rakan subahatnya melarikan diri dari tempat kejadian selepas melihat mangsa menggigil ketakutan dan menangis. 

Mangsa kemudian keluar meminta bantuan daripada jiran berhampiran sebelum laporan polis dibuat.

Susulan laporan polis tersebut Saliman telah berjaya ditangkap.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here