Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
Pakatan keluar daripada bayangan Umno di Labuan
Published on: Friday, July 03, 2026
Published on: Fri, Jul 03, 2026
By: Sohan Das
Text Size:
Text:
Pakatan keluar daripada bayangan Umno di Labuan
PEJABAT baharu PKR Labuan.
LABUAN: Keputusan Umno untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan dilihat membuka ruang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memperkukuh kedudukannya di Labuan, termasuk meletakkan sasaran merampas kerusi Parlimen yang sekian lama dianggap kubu kuat Umno.

Pemerhati politik melihat langkah PKR memindahkan pejabatnya ke lokasi baharu yang lebih strategik, di tingkat tiga bangunan Dewan Perniagaan Cina Labuan, sebagai petanda kesungguhan parti itu memperkukuh kehadirannya menjelang pilihan raya akan datang.

Advertisement
Aktivis Lau Seng Kiat berkata hubungan rakan politik antara PH dan Umno dilihat berakhir susulan langkah Umno di Johor dan Negeri Sembilan.

Beliau menjangkakan senario sama akan berlaku di kawasan lain, termasuk Labuan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Sementara itu, Pengerusi PKR Labuan, Samsudin Sidek berkata pejabat baharu itu diwujudkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan berurusan dengan parti.

Menurutnya, PKR telah lama bertapak di Labuan dan pernah beroperasi di beberapa lokasi sebelum ini, namun pejabat baharu itu lebih mudah diakses serta lebih menonjol.

Advertisement
Pemerhati politik turut berpendapat PKR sejak sekian lama mengintas kerusi Parlimen Labuan memandangkan pulau itu merupakan hab kewangan negara.

Selain itu, kebanyakan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan kini dikuasai DAP dan kemenangan di Labuan akan melengkapkan penguasaan PH di wilayah berkenaan.

Advertisement
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, penyandang dua penggal daripada Umno, Datuk Seri Suhaili Abdul Rahman, yang bertanding atas tiket Bersatu, memenangi kerusi Parlimen Labuan dengan majoriti tipis 708 undi dalam saingan enam penjuru, menewaskan calon Umno, Datuk Bashir Alias.

Calon PH daripada Amanah, Dr Ramli Tahir, memperoleh 5,307 undi yang dipercayai sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengundi Cina. Sebelum itu, sokongan berkenaan banyak memihak kepada Warisan sebelum parti itu bekerjasama dengan PH.

Keputusan tersebut dilihat mencerminkan kekuatan sokongan PH di Labuan, di samping menunjukkan pengaruh Umno yang semakin berkurangan.

Prestasi terbaik PH direkodkan pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila menampilkan tokoh korporat, Tan Sri Ibrahim Menudin, yang memperoleh lebih 6,000 undi walaupun tewas.

Landskap politik Labuan ketika ini juga dianggap unik apabila kerusi Parlimennya diwakili seorang Ahli Parlimen tanpa parti selepas Suhaili mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Bersatu tidak lagi mengiktiraf beliau sebagai ahlinya.

Labuan secara tradisinya merupakan kubu kuat Umno yang memenangi kebanyakan pilihan raya sejak 1986.

Bagaimanapun, Bersatu dilaporkan tidak berhasrat mengalah apabila baru-baru ini menubuhkan jawatankuasa protem, manakala Warisan masih aktif di Labuan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menunjukkan minat untuk bertapak di pulau itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here