Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
Bom lama: Operasi Lapangan Terbang Labuan tergendala lagi
Published on: Friday, July 03, 2026
Published on: Fri, Jul 03, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Bom lama: Operasi Lapangan Terbang Labuan tergendala lagi
LABUAN: Operasi di Lapangan Terbang Labuan terjejas pada Khamis susulan penemuan sebutir bom lama kira-kira 200 meter dari landasan di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhampiran Kerupang.

Bom dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua itu ditemukan pada 3.45 petang dan sebelum ini, beberapa bom lama turut ditemukan di lokasi sama pada 26 Jun lepas.

Advertisement
Ketua Polis Labuan Supt Wan Mohd Firdaus Wan Zaki berkata kerja-kerja mengalihkan bom berkenaan untuk tujuan pemusnahan sedang dijalankan oleh pihak polis dengan kerjasama anggota TUDM.

“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan semasa adalah terkawal dan pasukan pemusnah bom sedang menjalankan proses mengalihkan bahan letupan itu,” menurutnya dalam kenyataan Khamis.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sah atau palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, penemuan bahan letupan tersebut menyebabkan beberapa penerbangan ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Miri mengalami kelewatan manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan dilencongkan ke Miri.

Advertisement
Operasi lapangan terbang dijangka pulih selepas 8 malam sebaik sahaja kawasan itu disahkan selamat oleh pihak berkuasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here