Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Cadangan peruntukan tuisyen Bahasa Inggeris, Mandarin
Published on: Tuesday, July 07, 2026
Published on: Tue, Jul 07, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Cadangan peruntukan tuisyen Bahasa Inggeris, Mandarin
JAMES (tengah) menyampaikan anugerah kepada Jamal (kanan).
SANDAKAN: Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sabah, Datuk James Ratib, menggesa kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi kelas tuisyen Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan serta Bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi memperkukuh penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata cadangan itu amat bertepatan, khususnya ketika semakin ramai pelajar bukan Cina, termasuk Melayu, memilih untuk melanjutkan pelajaran di SJKC.

Advertisement
“Hari ini, pelajar di SJKC bukan lagi hanya terdiri daripada kaum Cina. Ramai ibu bapa Melayu juga memilih menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.

“Bagaimanapun, kebanyakan pelajar ini hanya menggunakan Bahasa Mandarin di sekolah dan kembali bertutur dalam Bahasa Melayu di rumah, sekali gus menjejaskan penguasaan mereka terhadap bahasa itu,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan di Dewan SMJK Tiong Hua.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
James berkata kelas tuisyen dapat membantu pelajar bukan Cina meningkatkan penguasaan Bahasa Mandarin dan memaksimumkan manfaat pembelajaran di SJKC.

Beliau turut menegaskan keperluan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah kebangsaan kerana pendedahan di dalam bilik darjah sahaja tidak mencukupi.

Advertisement
“Di kebanyakan sekolah, Bahasa Inggeris diajar dalam tempoh yang terhad setiap hari dan ia tidak mencukupi untuk pelajar menguasai bahasa itu dengan baik.

Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa penting, terutama bagi komunikasi antarabangsa dan peluang pekerjaan pada masa depan,” katanya.

Advertisement
James berkata penguasaan tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin, akan memberikan kelebihan daya saing kepada pelajar dalam melanjutkan pengajian serta memasuki pasaran pekerjaan.

“Bahasa Mandarin merupakan antara bahasa yang digunakan secara meluas, manakala Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa. Pelajar yang menguasai ketiga-tiga bahasa ini akan mempunyai peluang yang lebih luas pada masa hadapan,” katanya.

Beliau menggesa kerajaan memperuntukkan dana bagi program tuisyen di sekolah kebangsaan dan SJKC bagi meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.

James turut menggesa kerajaan menyusun semula sistem penggredan sekolah di Sabah bagi memastikan penilaian yang lebih menyeluruh terhadap prestasi serta keperluan setiap sekolah.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan Anugerah Pendidik Cemerlang kepada bekas guru besar, Jamal Asim, 70, yang pernah berkhidmat sebagai Guru Besar SK Jaya Bakti, Beluran (1989-1995), SK Sungai Kayu, Sandakan (1995-2001), SK Bandar Sandakan (2002-2011) dan SK Sungai Anib 2, Sandakan (2011-2016).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here