Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Rokok seludup RM65 juta: 20 didakwa
Published on: Thursday, July 09, 2026
Published on: Thu, Jul 09, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Rokok seludup RM65 juta: 20 didakwa
ANTARA yang didakwa dalam kes itu.
TAWAU: Dua puluh lelaki, termasuk seorang rakyat Malaysia, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan memiliki dan mengangkut 3,004 karton rokok import larangan bernilai RM65.75 juta.

Kesemua mereka ditahan di perairan selatan Pulau Sipadan, Semporna, bulan lalu. Seramai 18 tertuduh mengaku tidak bersalah manakala pengakuan tidak direkodkan bagi dua lagi tertuduh yang merupakan warga Myanmar dan India sementara menunggu pelantikan jurubahasa.

Advertisement
Pertuduhan terhadap 13 tertuduh warga Filipina dibacakan dalam bahasa Suluk menerusi jurubahasa yang mengikuti prosiding melalui Zoom di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Baki tujuh tertuduh terdiri daripada dua warga Indonesia, dua warga India, seorang warga Myanmar, seorang warga Filipina dan seorang rakyat Malaysia hadir di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Mengikut pertuduhan, 13 warga Filipina itu didakwa secara bersama memiliki 1,956 karton rokok putih jenama Bosqu di atas kapal kargo MB Sadiya.

Tujuh lagi tertuduh berusia antara 26 hingga 62 tahun didakwa mengangkut 1,048 karton pelbagai jenama rokok import larangan di atas kapal kargo MV Yuli Fatt.

Advertisement
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi 6.9 dan 7 batu nautika di selatan Pulau Sipadan, Semporna, kira-kira jam 1.06 pagi pada 23 Jun.

Dayang Aidaku menetapkan 10 Ogos untuk sebutan semula kes melibatkan 13 warga Filipina itu sementara menunggu laporan ahli kimia.

Advertisement
Beliau menolak permohonan ikat jamin yang dikemukakan pihak pendakwaan kerana tertuduh tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Don Stiwin turut menetapkan 10 Ogos bagi pengurusan kes membabitkan tujuh lagi tertuduh.

Beliau membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan bagi setiap seorang kepada lima tertuduh yang pengakuannya telah direkodkan.

Dua lagi tertuduh akan direkodkan pengakuan mereka pada tarikh sama dengan bantuan jurubahasa bahasa Burma dan Hindi.

Ketujuh-tujuh tertuduh turut diperintahkan melapor diri di pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dua kali sebulan serta menyerahkan pasport kepada pegawai penyiasat sehingga kes selesai.

Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia Sabah dan Labuan, Nurun Nazifah Muhammad Iyen Atim, hadir bagi pihak pendakwaan, manakala peguam Darmin Achok mewakili tujuh tertuduh berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Maritim Malaysia mencatat rampasan terbesar dalam sejarahnya selepas melumpuhkan sindiket penyeludupan rokok di perairan selatan Pulau Sipadan dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM65.75 juta.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here