Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Guru didakwa gagal mengajar Bahasa Inggeris terima APC 2023
Published on: Thursday, July 09, 2026
Published on: Thu, Jul 09, 2026
Text Size:
Text:
Guru didakwa gagal mengajar Bahasa Inggeris terima APC 2023
Menurut Jainal, APC itu telah diumumkan sebelum Julai 2023 dan diberikan atas kerja kerasnya sepanjang 2022.
Kota Kinabalu: Seorang guru Bahasa Inggeris yang disaman bekas pelajarnya kerana didakwa gagal mengajar subjek berkenaan selama beberapa bulan ketika pelajar itu di Tingkatan Empat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 2023.

Perkara itu didedahkan ketika perbicaraan bersambung saman yang difailkan Siti Nafirah Siman, 26, terhadap guru berkenaan Mohd Jainal Jamrin (JJ), 53, serta beberapa pihak lain termasuk pengetua Sekolah Menengah Kebangsaann (SMK) Taun Gusi Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, pengarah pendidikan negeri, ketua pengarah pendidikan, menteri pendidikan dan Kerajaan Persekutuan.

Advertisement
Berdasarkan nota prosiding yang disediakan pasukan Tiada.

Guru, JJ bersetuju dengan peguam Siti Nafirah, Shireen Sikayun, bahawa beliau menerima APC pada September 2023.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau turut mengakui anugerah itu diterima dua bulan selepas keputusan mahkamah membabitkan tiga bekas pelajar sekolah sama yang sebelum itu berjaya menyaman beliau berhubung dakwaan ketidakhadiran berpanjangan untuk mengajar mereka di dalam kelas.

Bagaimanapun JJ berkata APC tersebut diberikan berdasarkan tugas dan prestasinya pada 2022.

Advertisement
Prosiding turut merekodkan bahawa JJ bersetuju setakat ini tiada tindakan disiplin dikenakan terhadapnya walaupun selepas keputusan mahkamah pada Julai 2023.

Namun beliau menegaskan masih menunggu tindakan lanjut kerana diminta bersabar sementara menanti keputusan berhubung perkara itu.

Advertisement
JJ menafikan dakwaan bahawa ketiadaan tindakan disiplin sehingga kini, selain penerimaan APC dua bulan selepas keputusan mahkamah, menyebabkan beliau berasa tidak perlu membuat persediaan rapi untuk hadir ke mahkamah kerana tiada akibat buruk akan berlaku terhadapnya.

Menurut JJ, APC itu telah diumumkan sebelum Julai 2023 dan diberikan atas kerja kerasnya sepanjang 2022.

Beliau turut berkata tidak menyedari bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2023 mendapati beliau bukan saksi yang boleh dipercayai.

JJ juga sebelum ini menyatakan mempunyai bukti dokumentari bagi menunjukkan rekod kehadiran penuh sepanjang tahun seperti yang dinyatakan dalam keterangan utama namun kemudian mengesahkan beliau sebenarnya tidak mempunyai bukti dokumentari tersebut.

Dalam prosiding itu juga JJ bersetuju bahawa beliau pernah mengugut untuk membunuh Cikgu Nurhaizah dan ETA Ibrahim ketika satu mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pada 24 Ogos 2015.

Beliau berkata ugutan itu dibuat kerana berasa marah dan mengakui ia merupakan satu ancaman namun kedua-dua individu terbabit masih hidup sehingga 2026.

JJ akan meneruskan pemeriksaan semula pada 14 Julai melalui Zoom di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ismail Brahim.

Peguam Kanan Persekutuan Jesseca Daimis mewakili pihak defendan.

Dalam saman itu Siti Nafirah antara lain memohon deklarasi bahawa defendan telah gagal melaksanakan tanggungjawab berkanun di bawah Akta Pendidikan kerana tidak memastikan beliau menerima pengajaran Bahasa Inggeris antara Februari hingga Oktober 2015 serta tidak menyediakan beliau menghadapi peperiksaan seperti diperuntukkan undang-undang.

Beliau turut memohon deklarasi bahawa defendan melanggar kewajipan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1913 selain mendakwa berlaku salah laku dalam jawatan awam.

Siti Nafirah turut menuntut deklarasi bahawa hak perlembagaannya terhadap akses pendidikan di bawah Perkara 5 dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan telah dilanggar selain ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here