Sat, 11 Jul 2026
Headlines:
Universal Starfest 2026 gilap bakat nyanyian mahasiswa
Published on: Friday, July 10, 2026
Published on: Fri, Jul 10, 2026
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Universal Starfest 2026 gilap bakat nyanyian mahasiswa
UNIVERSAL Starfest 2026 menjadi platform generasi muda mengasah bakat seni.
UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Universal Music Malaysia bakal menganjurkan Universal Starfest 2026.

Berkonsepkan pertandingan nyanyian dan mini konsert, program berkenaan bakal berlangsung pada 11 Julai ini bertempat di Dewan Resital, UMS. 

Advertisement
Penganjuran acara terbabit bertujuan memberi platform kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menonjolkan bakat seni kreatif di peringkat universiti serta menjalinkan kolaborasi strategik bersama penggiat industri hiburan tanah air. 

Pada peringkat ini seramai 10 peserta terpilih akan bersaing di pentas dengan membawakan 10 lagu ikonik daripada seniman tersohor negara Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Dua orang pemenang terbaik daripada pertandingan ini akan dipilih untuk mara ke peringkat akhir di mana mereka bakal bertanding dan bersaing secara sihat dengan peserta-peserta hebat daripada IPTA yang lain. 

Selain mengetengahkan bakat baharu dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu, Universal Starfest 2026 turut membuka peluang kepada warga kampus serta orang awam untuk menyaksikan persembahan istimewa daripada barisan artis terkemuka tajaan Universal Music Malaysia. 

Advertisement
Program ini juga menjadi medan terbaik bagi pelajar UMS untuk menimba pengalaman praktikal dalam menguruskan acara berskala besar bersama pengurusan industri luar. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here