Wed, 1 Jul 2026
Headlines:
2.2 juta pelajar dapat RM100: Penebusan Baucar Buku Madani 2026 bermula hari ini
Published on: Wednesday, July 01, 2026
Published on: Wed, Jul 01, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
2.2 juta pelajar dapat RM100: Penebusan Baucar Buku Madani 2026 bermula hari ini
Wong berkata program itu turut mencatat kadar penebusan 100 peratus pada 2024, sekali gus membuktikan keberkesanan pelaksanaan secara digital.
Kuala Lumpur: Program Baucar Buku Madani 2026 dijangka memberi manfaat kepada lebih 2.2 juta pelajar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi peruntukan sebanyak RM221.6 juta, dengan penebusan e-baucar bernilai RM100 seorang akan bermula hari ini (Rabu) hingga 31 Okt ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata seramai 2,217,579 penerima melibatkan murid daripada kelas peralihan hingga tingkatan enam, pelajar kolej vokasional, matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bakal menerima manfaat daripada inisiatif itu.

Advertisement
Beliau berkata penebusan baucar mulai 11 pagi hari ini akan dilaksanakan sepenuhnya menerusi platform BookCapital yang kini mempunyai 1,238 syarikat penjual berdaftar.

“Pada tahun ini, KPM turut memperkenalkan Fokus Judul Khas Madani yang merangkumi karya kesusasteraan dan karya agung, buku umum dan bukan fiksyen berkaitan sejarah, falsafah, ekonomi, geopolitik serta pembangunan modal insan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Fokus turut diberikan kepada buku berkaitan sains dan teknologi masa hadapan termasuk kecerdasan buatan (AI), teknologi maklumat, bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) dan pendigitalan.

Setiap penerima perlu membeli sekurang-kurangnya sebuah buku daripada kategori Fokus Judul Khas Madani,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Selasa.

Advertisement
Wong berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai penambahbaikan program tersebut serta jumlah pelajar dan pengajar yang dijangka menerima manfaat daripadanya program Baucar Buku Madani 2026.

Menjawab soalan tambahan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai kajian pasca pelaksanaan program, beliau berkata KPM telah menjalankan penilaian termasuk mendapatkan maklum balas daripada penerima sejak inisiatif itu dimulakan pada 2024.

Advertisement
Beliau berkata kajian impak oleh Institut Darul Ehsan mendapati 97.5 peratus responden bersetuju Baucar Buku Madani banyak membantu pelajar, khususnya daripada golongan berpendapatan rendah, manakala 92.2 peratus mengakui ia membantu mereka membuat persediaan menghadapi peperiksaan.“

Pelaksanaan Baucar Buku Madani dibuat 100 peratus secara dalam talian melalui platform BookCapital dan selepas dua tahun pelaksanaannya, sememangnya kita telah melaksanakan kajian selidik dalam kalangan penerima,” katanya.

Wong berkata program itu turut mencatat kadar penebusan 100 peratus pada 2024, sekali gus membuktikan keberkesanan pelaksanaan secara digital.

Katanya, kaedah pembelian dan penghantaran buku secara dalam talian membolehkan pelajar di seluruh negara, termasuk di kawasan pedalaman, menikmati akses yang sama kepada bahan bacaan.

“Apa yang telah kita capai ialah 100 peratus penebusan, 100 peratus ketelusan dan sifar ketirisan. Kita juga berjaya memastikan buku yang sama, peluang yang sama dan masa depan yang sama untuk semua anak Malaysia, tidak kira sama ada mereka berada di kawasan bandar atau pedalaman,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here