Wed, 1 Jul 2026
Headlines:
Data Banci Ekonomi 2026 perkukuh pelaksanaan SMJ 2.0
Published on: Saturday, June 27, 2026
Published on: Sat, Jun 27, 2026
Text Size:
Text:
Data Banci Ekonomi 2026  perkukuh pelaksanaan SMJ 2.0
Menurut Jonnybone, data berkualiti itu bakal memacu sasaran progresif kerajaan negeri untuk mencapai nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melebihi RM100 bilion menjelang 2030.
Kota Kinabalu: Data Banci Ekonomi 2026 memperkukuhkan pelaksanaan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Dr Jonnybone J. Kurum berkata, data berkualiti penting dalam memacu perancangan pembangunan di negeri ini.

Advertisement
“Kejayaan pelaksanaan SMJ 2.0 amat bergantung kepada ketersediaan data yang lengkap, tepat dan terkini.

“Dalam konteks ini, Banci Ekonomi 2026 merupakan antara sumber data paling penting yang akan menyokong perancangan, pelaksanaan dan pemantauan agenda SMJ 2.0.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Selain itu, data yang dihasilkan akan membantu kerajaan memahami landskap ekonomi semasa, mengenal pasti sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta merancang strategi pembangunan lebih mampan dan inklusif,” katanya ketika merasmikan program Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026, di sini, pada Khamis.

Menurut Jonnybone, data berkualiti itu bakal memacu sasaran progresif kerajaan negeri untuk mencapai nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melebihi RM100 bilion menjelang 2030.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) negeri telah selesai membanci lebih 60 peratus daripada keseluruhan sekitar 90,000 pertubuhan yang disasarkan di sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, pertanian dan perlombongan & pengkuarian.

“Pelaksanaan Fasa 1 meliputi pertubuhan Mikro telah bermula pada Januari hingga Mac lalu, manakala Fasa 2 dan 3 meliputi pertubuhan Besar, Sederhana dan Kecil sedang berjalan dari April hingga September 2026,” ujarnya.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau menyeru komuniti perniagaan dan badan profesional di negeri ini untuk terus memberikan kerjasama penuh sebagai rakan strategik DOSM bagi memastikan kadar respons yang tinggi.

Beliau turut memberi jaminan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah dilindungi di bawah peruntukan undang-undang dan kerahsiaan responden sentiasa diutamakan.

Hadir sama, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah, Khairolnizam Hassan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here