Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Enam PTI Filipina ditahan di Labuan
Published on: Friday, May 01, 2026
Published on: Fri, May 01, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Enam PTI Filipina ditahan di Labuan
PEGAWAI Imigresen memeriksa dokumen warga asing.
LABUAN: Enam pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina, terdiri daripada empat wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia antara dua hingga 60 tahun, ditahan dalam Op Ikrar di dua penempatan di sini, awal pagi Khamis.

Pengarah Imigresen Labuan, Mohd Redzuan Nawi berkata operasi dijalankan antara jam 12.15 tengah malam hingga 2 pagi hasil risikan serta maklumat orang awam.

Advertisement
“Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan turut dijalankan terhadap 41 individu dalam operasi berkenaan.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Semua yang ditahan kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut.

Mohd Redzuan berkata pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen, termasuk majikan atau individu yang melindungi pendatang tanpa izin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here