Advertisement
SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Sehubungan itu, pemilik rumah terbabit menggesa syarikat berkenaan mempertimbangkan untuk memangkas dahan yang mengganggu laluan kabelnya.
Sementara itu, seorang pekerja pejabat membangkitkan isu bahaya keselamatan akibat apa yang didakwanya sebagai “lurang utiliti” yang tidak bertutup di laluan pejalan kaki di kawasan Sadong Jaya.
Advertisement
Advertisement
“Ia mungkin berlaku kerana kabel itu tersangkut pada bahagian atas lori yang lalu atau objek lain di kawasan berdekatan.”
Katanya, gangguan perkhidmatan itu adalah kes terpencil yang hanya melibatkan satu premis di kawasan berkenaan. Kabel baharu kemudian dipasang antara DP dan rumah pelanggan, menurutnya.
“Juruteknik kami kemudian membuat pemeriksaan semula terhadap keadaan modem di rumahnya. Dia mendapati peranti itu berfungsi dengan baik dan perkhidmatan Unifi pelanggan telah pulih.
“Kakitangan kami juga memantau keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan sambungan kekal stabil.”
Berhubung permintaan pelanggan supaya pokok di tepi jalan dipangkas, jurucakap itu berkata satu senarai kawasan telah disediakan untuk kerja terbabit.
“Kg Tombovo telah dimasukkan dalam senarai ini yang telah dikemukakan kepada pihak pengurusan atasan. Pegawai kanan akan menentukan sama ada kerja pemangkasan di lokasi terjejas perlu dilaksanakan.”
Dalam kes di Lorong Ikan Juara 1, katanya, kakitangan TM mengesahkan risiko terhadap pejalan kaki di kawasan Sadong Jaya itu.
“Mereka mendapati penutup berkenaan diletakkan di tepi saluran namun ia bukan milik kami,” katanya.
“Bagaimanapun, tindakan segera diambil untuk menutup semula bukaan terbabit atas dasar kemanusiaan demi keselamatan pejalan kaki yang menggunakan laluan itu.”
Dia berkata tiada jadual penyelenggaraan tetap bagi pemasangan syarikat itu di seluruh negeri.
“Aset kami termasuk talian atas dan saluran hanya disenggara apabila terdapat keperluan.”






