Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa Rabu (1 Julai).
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam
(gambar) berkata pembatalan itu termasuk had pembelian diesel sebanyak 50 liter, 100 liter dan 150 liter.
Katanya, pembatalan Arahan Melaksanakan Kawalan Penjualan Diesel Ke Atas Kenderaan Pengangkutan Darat bertarikh 27 Mac 2026 itu susulan pengumuman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pada 21 Jun lalu berhubung penyeragaman harga diesel bersubsidi di bawah Program Budi Diesel kepada RM2.10 seliter.
Katanya, keputusan itu juga selaras dengan pelaksanaan mekanisme baharu pembelian diesel bersubsidi menggunakan MyKad di stesen minyak yang bermula Rabu.
“Semua pemegang lesen barang kawalan berjadual runcit yang menjual petrol atau diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diminta mengambil maklum bahawa arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat tidak lagi berkuat kuasa mulai tarikh ini,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, KPDN yang kin mekanisme baharu itu akan dapat memastikan pengurusan penjualan diesel bersubsidi lebih teratur, selain memberi manfaat kepada rakyat dan mengukuhkan usaha kerajaan dalam menambah baik mekanisme penyasaran subsidi diesel.
Kementerian itu turut menyeru semua pihak berkaitan supaya mematuhi sepenuhnya arahan dan mekanisme baharu berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.