Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Dua buaya dikesan di Sungai Padas
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Dua buaya dikesan di Sungai Padas
SALAH seekor buaya yang dikesan di kawasan itu.
BEAUFORT: Dua ekor buaya dikesan di Sungai Padas, masing-masing berhampiran Jalan Balibata bertentangan pejabat Sabah Electricity dan dekat jambatan baharu Bingkul.

Seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali memberitahu Daily Express bahawa buaya yang dianggarkan sepanjang antara 10 hingga 15 kaki itu dilihat berada di tebing sungai.

Advertisement
Menurutnya, kedua-dua reptilia itu dilihat sedang berehat di tebing Sungai Padas di kawasan Balibata sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

“Pemancing dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika berada di tebing sungai kerana buaya boleh muncul secara tiba-tiba dan mengancam keselamatan mereka,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Dia turut menggesa ibu bapa serta mereka yang membawa anak-anak memancing supaya sentiasa berwaspada kerana dikhuatiri berlaku serangan buaya di kawasan sungai.

Seorang lagi pemancing yang turut enggan dikenali berkata dia ternampak seekor buaya berhampiran kawasan jambatan Bingkul ketika memancing bersama isteri dan anaknya.

Advertisement
“Saya, isteri dan anak sedang memancing apabila tiba-tiba ternampak seekor buaya di tebing sungai di seberang. Sebaik melihatnya, kami segera mengemas peralatan memancing dan pulang ke rumah,” katanya.

Tambahnya, walaupun setakat ini tiada insiden dilaporkan, orang ramai perlu sentiasa berwaspada apabila berada berhampiran sungai atau menjalankan aktiviti seperti mandi-manda kerana arus yang deras serta risiko ancaman hidupan liar.

Advertisement
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Sabrina Wisom, yang turut merakam kelibat buaya itu, berkata dia ternampak reptilian itu dari jarak jauh.

“Sememangnya buaya ialah pemangsa yang berbahaya dan semua penduduk Beaufort diseru supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa,” katanya.

Tinjauan Daily Express mendapati buaya di kawasan berkenaan sebelum ini pernah ditangkap oleh Jabatan Hidupan Liar di Weston, Kuala Penyu, Menumbok dan Sipitang.

Baru-baru ini, seekor buaya di Kota Marudu turut dilaporkan terperangkap dalam jaring ikan.

Sebelum ini, Jabatan Hidupan Liar juga pernah menjalankan operasi menangkap dan memindahkan buaya di Sungai Padas selepas reptilia berkenaan dikenal pasti sebagai ancaman kepada pemancing dan nelayan di kawasan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here