Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Kebimbangan meningkat terhadap serangan buaya
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kebimbangan meningkat terhadap serangan buaya
Mohd Syahid turut mencadangkan supaya aktiviti buaya dipantau secara berterusan serta operasi menangkap atau memindahkan buaya dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.
LAHAD DATU: Pihak berkuasa berkaitan digesa memperkukuh langkah keselamatan serta mempertingkatkan pengurusan buaya susulan dua serangan maut buaya yang berlaku secara berturut-turut di daerah ini.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tungku Mohd Syahid Gulam berkata dua serangan maut melibatkan buaya dilaporkan minggu ini, masing-masing, membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun.

Advertisement
Menurutnya, kejadian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk khususnya mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai dan sungai serta mereka yang bergantung kepada laut dan sungai sebagai sumber rezeki.

“Insiden ini meningkatkan kebimbangan penduduk kampung dan nelayan untuk menjalankan rutin harian mereka lebih-lebih lagi apabila penampakan buaya terus dilaporkan di kawasan Tungku.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Wajar untuk pihak berkuasa bertindak segera dengan meningkatkan rondaan, mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta memasang lebih banyak papan tanda amaran di lokasi yang kerap menjadi tempat kemunculan buaya,” katanya.

Mohd Syahid turut mencadangkan supaya aktiviti buaya dipantau secara berterusan serta operasi menangkap atau memindahkan buaya dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan.

Advertisement
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti berhampiran kawasan perairan dan mengelakkan daripada bersendirian jika boleh.

Beliau juga berharap semua agensi berkaitan dapat bekerjasama memperkenalkan langkah jangka panjang bagi meningkatkan keselamatan awam, selain memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.

Advertisement
Pada Selasa, seorang lelaki berusia 20 tahun ditemukan maut selepas dipercayai diserang buaya ketika mengutip hasil laut di Pantai Kampung Mundas.

Mangsa dilaporkan keluar ke laut pada jam 7 pagi untuk memeriksa pukat yang dipasangnya sehari sebelum itu sebelum dipercayai diserang buaya.

Mayat mangsa ditemukan oleh ahli keluarganya bersama penduduk kampung kira-kira jam 10 pagi dengan kecederaan pada bahagian perut dan dada.

Pada Isnin, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan maut selepas dipercayai diserang buaya di Sungai Tegupi.

Kejadian itu disaksikan oleh jirannya yang melihat mangsa ditarik masuk ke dalam air oleh seekor buaya. Mayat mangsa kemudian ditemukan pada jam 2 petang dengan kecederaan pada bahagian belakang badan dan kaki.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here