Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
24 San capai keputusan SRU lulus 100 peratus
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
Text Size:
Text:
24 San capai keputusan SRU lulus 100 peratus
MOHD Arifin (empat dari kanan) menyampaikan Anugerah Khas Kategori Penyelia Tahun 2025 kepada Penyelia Pendidikan Sandakan, Salihah Karim (tiga dari kanan).
Kota Kinabalu: Sebanyak 24 buah Sekolah Agama Negeri (San) berjaya mencapai keputusan lulus 100 peratus dalam Sijil Rendah Ugama (SRU). 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata beliau berbangga dengan pencapaian peperiksaan Sekolah Agama Negeri di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Advertisement
“Pencapaian peperiksaan SRU tahun ini merupakan yang terbaik dalam tempoh sepuluh tahun dengan peningkatan ketara dalam kadar kelulusan dan pencapaian keseluruhan. 

“Lebih membanggakan sebanyak 24 buah San berjaya mencapai keputusan lulus 100 peratus.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
“Pencapaian cemerlang itu membuktikan pendidikan sekolah agama semakin meningkat,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Peringkat Negeri Tahun 2026 pada Selasa.

Tambahnya kejayaan tersebut bukanlah secara kebetulan tetapi datang daripada komitmen semua pihak.

Advertisement
“Ini adalah usaha daripada pihak pengurusan, bantuan daripada kerajaan, kegigihan para guru dan inovasi demi inovasi yang telah diusahakan oleh sekolah berkenaan. 

“Hari ini kita memberikan anugerah kepada sekolah-sekolah yang mencapai atau membuat inovasi yang bagus dan kita melihat kerajaan perlu terus memberikan bantuan kepada mereka untuk mengembangkan inovasi pelajaran dan pengajaran mereka,” ujarnya.

Advertisement
Dalam pada itu Mohd Arifin selaku Exco agama turut menyatakan Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan pendidikan sebagai agenda utama pembangunan negeri. 

“Komitmen ini selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya 2.0 yang memberi penekanan khusus kepada pembangunan modal insan. 

“Biasiswa Kerajaan Negeri sebelum ini hanya RM30 juta, RM50 juta tetapi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menaikkan biasiswa sehingga RM150 juta. 

“Ini untuk membolehkan anak-anak kita mendapat biasiswa kerajaan negeri termasuk guru-guru yang melanjutkan pengajian ke peringkat Master, PhD, semua dapat melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah dan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.

“Tahun ini sahaja kita mengambil penerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah yang baharu sejumlah 4,000 pelajar baru berbanding 1,000 sebelum ini,” jelasnya.

Pada majlis tersebut seramai 70 warga pendidik menerima anugerah dalam pelbagai kategori antaranya Anugerah Khas Peningkatan Tertinggi Gred Purata Mata Pelajaran SPM, Anugerah Khas Peningkatan Tertinggi Gred Purata Mata Pelajaran STAM, Anugerah Guru Harapan dan Anugerah Khas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here