Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
Warisan tidak bantah, kata Perdana Menteri
Published on: Thursday, July 02, 2026
Published on: Thu, Jul 02, 2026
By: FMT
Text Size:
Text:
Warisan tidak bantah, kata Perdana Menteri
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar yang dicadangkan itu telah diluluskan oleh Kabinet Sabah pada 16 Oktober 2019.
PETALING JAYA: Kerajaan Sabah di bawah pentadbiran Warisan ketika itu telah bersetuju dengan kadar semakan Geran Khas kepada negeri ini seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Persekutuan 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kadar terbabit dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu dalam Belanjawan 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM53.4 juta bagi tahun 2020 dan 2021, RM80.1 juta bagi 2022 dan 2023 serta RM106.8 juta bagi 2024.

Advertisement
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar yang dicadangkan itu telah diluluskan oleh Kabinet Sabah pada 16 Oktober 2019.

“Kerajaan Persekutuan menerima surat daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah bertarikh 18 Oktober 2019 yang memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri ketika itu untuk bersetuju dengan kadar Geran Khas bagi tempoh 2020 hingga 2024,” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Bagaimanapun, beliau berkata kadar yang dicadangkan itu tidak dimuktamadkan kerana ia tidak diwartakan.

“Kerajaan Persekutuan baharu yang dibentuk pada 1 Mac 2020 kemudiannya memutuskan untuk menyemak semula kadar Geran Khas yang dicadangkan dalam Belanjawan 2020,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata, Geran Khas Sabah kekal pada kadar RM26.7 juta sehingga tahun 2021 sebelum dinaikkan kepada RM125.6 juta pada 2022 susulan semakan bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, yang kemudiannya diwartakan.

Beliau menjawab soalan bertulis Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin (Bebas) yang bertanya sama ada Kerajaan Sabah telah dirunding dan memberikan persetujuan secara bertulis terhadap kenaikan kadar Geran Khas yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Advertisement
Pada 2025, Kerajaan Persekutuan menggandakan Geran Khas kepada Sabah dan Sarawak kepada RM600 juta bagi setiap negeri, dua tahun selepas jumlah geran itu dinaikkan kepada RM300 juta.

Sabah menerima kenaikan sebanyak RM40 juta manakala Sarawak menerima peningkatan yang lebih besar selepas sebelum itu hanya memperoleh RM16 juta.

Pada Mei lalu, Anwar berkata peruntukan RM600 juta kepada Sabah akan ditingkatkan kepada RM1.5 bilion sementara menunggu pemuktamadan tuntutan perlembagaan negeri itu terhadap hak menerima 40 peratus hasil bersih Persekutuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here