Sat, 11 Jul 2026
Headlines:
Suspek pengedar dadah antara 30 ditahan dalam operasi di Tawau
Published on: Saturday, July 11, 2026
Published on: Sat, Jul 11, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Suspek pengedar dadah antara 30 ditahan dalam operasi di Tawau
PEGAWAI dan anggota OTB turut mengejar mereka yang cuba melarikan diri ke kawasan berlumpur di penempatan itu.
TAWAU: Seramai 30 orang ditahan termasuk seorang lelaki yang disyaki pengedar syabu dalam Operasi Tapis Bersepadu (OTB) di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini, Selasa.

Dalam operasi secara besar-besaran yang diadakan bagi ‘menggempur’ kegiatan penyalahgunaan dadah itu, kira-kira 50.35 gram ketulan hablur jernih disyaki syabu turut dirampas daripada suspek pengedar dadah.

Advertisement
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Wilynton Enchana Watt, ujian saringan air kencing terhadap 36 suspek itu turut mendapati 28 daripada mereka positif mengambil dadah.

“Sementara itu, kertas siasatan turut dibuka ke atas suspek pengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya di sini pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Wilynton berkata seorang lagi turut disyaki memiliki dadah seberat kira-kira 0.24 gram dan ditahan mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952. Siasatan terhadap 28 suspek yang didapati positif mengambil dadah pula dilaksanakan di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

“Seorang lagi suspek dipercayai memiliki sembilan liter cecair ketum dan 2,351.65 gram serbuk ketum dan ditahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

Advertisement
Pelaksanaan operasi bersepadu itu dikoordinasikan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) melibatkan kerjasama strategik dengan jabatan dan agensi berkaitan lain.IPD Tawau dengan BSJND Semporna dan IPD Kunak, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau dan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.

Turut terlibat dalam operasi yang melibatkan 169 pegawai, anggota dan petugas itu adalah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tawau, dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Tawau.

Advertisement
“JIM Tawau turut mengambil tindakan terhadap 30 suspek dalam operasi ini berkaitan isu dokumentasi dan kerakyatan untuk siasatan lanjut.

“Sementara itu, JPJ mengeluarkan 66 saman atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan termasuk menerusi sekatan jalan raya yang diadakan sepanjang OTB ini berlangsung,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here