Fri, 10 Jul 2026
Headlines:
Operasi ke atas pemandu kenderaan komersial ambil dadah
Published on: Thursday, July 09, 2026
Published on: Thu, Jul 09, 2026
By: Larry Ralon, Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Operasi ke atas pemandu kenderaan komersial ambil dadah
MOHD Harris menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bas di Terminal Bas Inanam.
Kota Kinabalu: Lima pemandu kenderaan komersial didapati positif syabu dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguat kuasa berkaitan setakat 6 Julai lalu.

Pengarah JPJ Sabah Datuk Mohd Harris Ali berkata Operasi Bersepadu Antidadah Kenderaan Komersial bermula pada 1 Julai itu bertujuan memperkukuh penguatkuasaan terhadap pemandu kenderaan komersial bagi memastikan mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah serta mematuhi undang-undang lalu lintas.

Advertisement
Beliau berkata seramai 60 pemandu menjalani saringan ujian dadah sepanjang operasi berkenaan dan lima gagal saringan itu.

“Bagi kes yang disahkan positif dadah, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang berkaitan. Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (VL) akan ditahan sehingga siasatan AADK selesai manakala lesen vokasional akan digantung selama tiga bulan mengikut peraturan yang terpakai,” katanya di Terminal Bas Inanam, di sini, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Sekiranya pemandu terbabit disabitkan kesalahan atau ditempatkan di pusat pemulihan, Ketua Pengarah JPJ boleh menggantung CDL mereka mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan berdasarkan laporan rasmi AADK.

Syarikat pengangkutan yang gagal memastikan pemandu mereka bebas daripada penyalahgunaan dadah juga boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk penggantungan lesen pengendali.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here