Thu, 16 Jul 2026
Headlines:
Mengadap Sultan Brunei
Published on: Thursday, July 16, 2026
Published on: Thu, Jul 16, 2026
Text Size:
Text:
Mengadap Sultan Brunei
HAJIJI (kiri) mengiringi Musa (tengah) semasa mengadap Sultan Hassanal Bolkiah.
BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dalam Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di Istana Nurul Iman, di sini pada Rabu. 

Turut hadir ialah isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag dan Setiausaha Negeri Datuk Zainudin Aman dan isteri Datin Siti Yuslaini Mohd Samsuri. 

Advertisement
Terdahulu pada sebelah pagi, Hajiji dan isteri adalah antara tetamu khas yang menghadiri  Majlis Istiadat Barisan Kehormatan Bagi Memperingati Hari Keputeraan Yang Ke-80 Kebawah DYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali sebelum menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Sultan Brunei di Istana Nurul Iman. 

Sepanjang lawatan rasmi itu, Hajiji turut menghadiri beberapa lagi acara istiadat rasmi yang telah diatur sempena sambutan berkenaan termasuk Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 80 Sultan Brunei pada Khamis malam. 

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Ketua Menteri dan isteri tiba di Brunei pada Selasa lalu bagi mewakili Kerajaan Sabah dalam istiadat rasmi sempena sambutan berkenaan sekali gus mencerminkan hubungan erat serta persahabatan yang sekian lama terjalin antara Sabah dan Brunei. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here