Mon, 13 Jul 2026
Headlines:
Sandakan pacu pembangunan ekonomi Sabah Timur
Published on: Sunday, July 12, 2026
Published on: Sun, Jul 12, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Sandakan pacu pembangunan ekonomi Sabah Timur
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Kuala Lumpur: Kerajaan Persekutuan bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Sabah serta agensi berkaitan bagi menilai potensi Sandakan sebagai zon pertumbuhan ekonomi baharu dan hab strategik perindustrian serta logistik.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kementeriannya bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) serta Kerajaan Negeri bersedia menilai kelebihan strategik Sandakan untuk merancakkan pelaburan dan pembangunan industri.

Advertisement
“Sandakan mempunyai kelebihan daya saing yang besar hasil kedudukannya yang strategik berhampiran Selatan Filipina, Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina Kawasan Pertumbuhan Asean Timur (BIMP-EAGA), Asia Timur dan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.

“Kedudukan itu mampu memperkukuh perdagangan rentas sempadan, rantaian bekalan serantau serta menarik pelaburan berkualiti tinggi selaras aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),” katanya.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir di Dewan Rakyat pada Jumaat yang bertanya sama ada kementerian akan mempertimbangkan Sandakan sebagai zon pertumbuhan ekonomi baharu atau hab strategik industri dan logistik memandangkan kedudukannya yang berhampiran Selatan Filipina, rantau BIMP-EAGA dan Asia Timur selain mempunyai potensi dalam sektor logistik, pemprosesan makanan, perikanan, hiliran sawit, pelancongan serta ekonomi biru.

Johari berkata antara sektor yang dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan tinggi ialah pembangunan logistik dan rantaian bekalan termasuk hab logistik Sabah Timur, pusat pengedaran serantau BIMP-EAGA, gudang moden, kemudahan e-dagang serta infrastruktur rantaian sejuk bagi menyokong industri makanan.

Advertisement
Beliau turut menekankan peluang dalam industri pemprosesan makanan dan agro berasaskan sumber tempatan seperti kelapa sawit, akuakultur, perikanan dan buah-buahan tropika untuk menghasilkan makanan halal, makanan sedia dimakan, protein marin serta makanan kesihatan bernilai tambah bagi pasaran eksport.

Selain itu Johari turut menyatakan Sandakan turut berpotensi besar dalam sektor perikanan dan akuakultur menerusi pemprosesan tuna dan udang, pengeluaran makanan laut bernilai tinggi, marikultur, penanaman rumpai laut serta bioteknologi marin.

Advertisement
Beliau berkata industri hiliran sawit seperti penghasilan lemak khas, biodiesel, Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF), biojisim dan bioarang turut mempunyai prospek yang cerah.

“Ekopelancongan berasaskan biodiversiti juga kekal sebagai sektor keutamaan dengan memanfaatkan tarikan bertaraf antarabangsa di Sandakan seperti Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sungai Kinabatangan dan Taman Pulau Penyu.

“Kerajaan turut menyokong usaha memperkukuh sektor pelancongan Sandakan menerusi cadangan Zon Pelaburan Pelancongan Khas (STIZ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13,” ujarnya.

Johari menambah Sabah termasuk Sandakan turut dikenal pasti di bawah Koridor Ekonomi Barat dan Koridor Ekonomi Tengah dalam Wawasan BIMP-EAGA 2035 yang memberi tumpuan kepada logistik, perdagangan rentas sempadan, pembuatan, industri halal, pelancongan serta rantaian bekalan serantau.

Beliau menegaskan bahawa usaha merealisasikan potensi penuh Sandakan memerlukan ekosistem yang kondusif termasuk peningkatan kemudahan pelabuhan, infrastruktur rantaian sejuk, rangkaian logistik serta pembangunan modal insan berkemahiran melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta kementerian dan agensi berkaitan.

Menurutnya Miti dan Mida akan terus bekerjasama rapat dengan Sedia dan Kerajaan Sabah bagi memudah cara pelaburan berkualiti, memperkukuh ekosistem perindustrian serta meletakkan Sandakan sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing dan hab strategik industri serta logistik di rantau ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here