Thu, 16 Jul 2026
Headlines:
900kg gula dirampas di Sipitang
Published on: Monday, July 13, 2026
Published on: Mon, Jul 13, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
900kg gula dirampas di Sipitang
GULA yang dirampas.
SIPITANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 900 kilogram (kg) gula yang dipercayai disimpan melebihi kuantiti dibenarkan di bawah lesen Akta Kawalan Bekalan (AKB), dalam satu operasi di Sipitang, Rabu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Beaufort Jamiah Bakar yang mengesahkan perkara itu pada Jumaat berkata pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 1 petang di sebuah premis perniagaan runcit di sini.

Advertisement
Beliau berkata pemeriksaan awal oleh Pasukan Petugas Risiko Batalion 21 Pasukan Gerakan Am (PGA) mendapati premis berkenaan disyaki menyimpan gula melebihi kuantiti yang dibenarkan mengikut syarat lesen AKB.

Susulan penemuan itu, kes dirujuk kepada KPDN Beaufort untuk tindakan rampasan dan siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Menurut Jamiah, KPDN merampas 900kg gula jenama CSR yang dibungkus dalam paket seberat satu kilogram, selain beberapa dokumen yang dipercayai berkaitan bagi membantu siasatan.

Katanya, KPDN memandang serius sebarang bentuk penyelewengan melibatkan barangan kawalan dan akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kawalan Bekalan 1961.

Advertisement
“Pelaksanaan Ops Tiris Bersepadu 4.0 membuktikan komitmen KPDN bersama agensi penguat kuasa dalam membanteras penyelewengan barangan kawalan serta memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan.

“KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan barangan kawalan,” katanya.

Advertisement
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 serta peraturan-peraturan berkaitan bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran syarat lesen atau peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

Menurutnya, KPDN Beaufort akan terus mempergiatkan Ops Tiris Bersepadu 4.0 bersama agensi penguat kuasa bagi membanteras penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi.

“Usaha ini penting bagi memastikan bekalan barangan kawalan mencukupi, pematuhan terhadap syarat pelesenan serta mengelakkan ketirisan yang boleh menjejaskan kepentingan pengguna dan negara,” katanya.

KPDN turut menggesa orang ramai supaya terus menjadi mata dan telinga kementerian dengan menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan barangan kawalan menerusi saluran rasmi, termasuk WhatsApp Aduan KPDN (019-848 8000), portal e-Aduan KPDN, Call Centre (1-800-886-800) dan aplikasi Ez ADU KPDN.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here