Fri, 3 Jul 2026
Headlines:
Peguam Najib percaya Jho Low berada di Myanmar
Published on: Tuesday, November 19, 2024
Published on: Tue, Nov 19, 2024
By: FMT
Text Size:
Text:
Peguam Najib percaya Jho Low berada di Myanmar
Ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, sebelum ini dikatakan berada di China, Dubai, dan Macau. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Peguam, Shafee Abdullah, percaya ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, berada di Myanmar.

Peguam kepada bekas perdana menteri Najib Razak itu berkata beliau membuat kesimpulan ini berdasarkan keterangan bekas penasihat undang-undang 1MDB, Jasmine Loo, di mahkamah.

Advertisement
“Tiada apa yang halang dia (Low). Pada mulanya dia dikatakan berada di China, Dubai, dan kemudian Macau,” katanya di sesi bersama pemberita malam tadi.

“Namun menurut keterangan Loo, ketika saya menyoalnya, saya fikir dia berada di Myanmar… Loo kembara menggunakan pasport Myanmar, dan Loo mengesahkan bahawa Low yang mengatur perkara itu.”

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Loo, 50, adalah saksi pendakwaan ke-50 dalam perbicaraan Najib berkait 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada April, Loo beri keterangan bahawa telah berunding dengan pihak berkuasa dan menghantar representasi kepada kerajaan Malaysia semasa berada di Yangon, Myanmar pada 2021. Loo kembali ke Malaysia tahun lepas.

Advertisement
Loo mendakwa bahawa Low mengatur perjalanannya ke Myanmar, dan pengawal sempadan di sana tidak mengecop pasport Malaysianya semasa ketibaan.

Loo kemudian dibawa ke Yangon dan diberikan pasport palsu untuk tinggal di sana secara bebas dengan menyamar sebagai warga Myanmar.

Advertisement
Loo beri keterangan bahawa dia meramalkan akan ada masalah dengan pihak berkuasa Myanmar kerana pasport Malaysianya yang tidak dicop dan pasport tipu itu jika dia ingin meninggalkan negara itu.

Pada Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar bahawa Low adalah ‘dalang’ dalam menentukan cara 1MDB membuat pelaburan, walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam GLC itu.

Ini menurut keterangan pegawai penyiasat SPRM, Nur Aida Arifin, semasa pemeriksaan balas oleh Shafee dalam perbicaraan rasuah Najib.

Penyiasat Malaysia dan AS menganggarkan sejumlah USD4.5 bilion disalur keluar daripada 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here